28hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) berhasrat memperkukuh keupayaan strategi Pengantaraan Berasaskan Nilai (VBI) yang merangkumi agenda kelestarian dan iklim dalam sistem kewangan Islam pada tahun ini.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Inflasi keseluruhan dijangka kekal sederhana, berpurata antara 1.5 peratus hingga 2.5 peratus pada 2026 walaupun harga komoditi global diunjurkan mengalami turun naik yang lebih besar berikutan konflik geopolitik di Asia Barat, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
28hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Pinjaman isi rumah kukuh pada akhir 2025, disokong oleh keupayaan membayar hutang yang tinggi dan keadaan pasaran pekerja yang menggalakkan, dengan nisbah pinjaman terjejas kekal stabil pada 1.0 peratus, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
28hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Malaysia berada dalam keadaan ekonomi yang kukuh dalam memasuki tempoh kejutan harga minyak berikutan konflik di Asia Barat, disokong oleh permintaan dalam negeri yang teguh, inflasi yang sederhana, sektor kewangan yang mantap dan kedudukan luaran yang berdaya tahan.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Malaysia perlu memantapkan institusi yang membentuk penetapan upah antara majikan dengan pekerja bagi meningkatkan pendapatan secara bermakna dan mengukuhkan kuasa beli.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Nisbah jumlah modal sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada 18.1 peratus daripada jumlah aset berwajaran risiko berbanding 18.2 peratus pada Jun 2025, dengan lebihan penampan modal berjumlah RM139.3 bilion daripada RM138.9 bilion sebelumnya, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
28hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Sistem kewangan Malaysia kekal berdaya tahan pada 2025, disokong persekitaran pengawalseliaan yang berhemat dan teguh, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
28hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) – Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan beberapa keutamaan untuk tahun 2026 dalam usaha membina sistem kewangan yang inklusif dan progresif.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) serta platform digital, yang memainkan peranan penting dalam ekosistem digital, mungkin dimasukkan dalam rangka kerja pampasan mangsa penipuan digital di samping bank-bank dan institusi kewangan.
28hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Sistem perbankan Malaysia dijangka kekal berdaya tahan walaupun di bawah keadaan makroekonomi yang buruk berdasarkan andaian senario ujian tekanan, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
28hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Asas ekonomi Malaysia yang kukuh, dipacu oleh pembaharuan struktur dalam negeri, dijangka terus menyokong sentimen pasaran domestik walaupun persekitaran global kekal sangat tidak menentu.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Walaupun ekonomi domestik kukuh pada 2025, perkembangan global telah menimbulkan risiko penurunan besar terhadap prospek pertumbuhan dan mendorong Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) bertindak mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus pada Julai 2025.