2bulan ago
Oleh Norsyafawati Ab Wahab
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Ringgit dijangka meningkat menjelang pembentangan Belanjawan 2026 pada 10 Oktober ini, disokong oleh pendirian dasar monetari Bank Negara Malaysia (BNM) dan jangkaan konsolidasi fiskal.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Kementerian Ekonomi tidak menolak kemungkinan had kelayakan tambahan inisiatif subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kepada sektor e-hailing diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2026 minggu depan.
2bulan ago
PUTRAJAYA, 1 Okt (Bernama) -- Kerajaan bersetuju memberikan pemandu e-hailing sepenuh masa had kelayakan tambahan subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bermula 15 Okt ini, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Inisiatif subsidi petrol BUDI95 mengukuhkan pengagihan pendapatan dan boleh meningkatkan kesaksamaan perkongsian sumber negara sebanyak lima hingga 10 peratus, sejajar dengan negara ASEAN lain, kata seorang ahli ekonomi.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan bahawa sistem yang digunakan dalam pelaksanaan subsidi petrol RON95 di bawah inisiatif Budi MADANI RON95 (BUDI95) selamat daripada sebarang ancaman siber, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
3bulan ago
PUTRAJAYA, 23 Sept (Bernama) — Kerajaan MADANI memperuntukkan sekitar RM11 bilion untuk menampung perbezaan antara harga bersubsidi RM1.99 seliter dan harga pam tanpa subsidi sekitar RM2.60 seliter di bawah inisiatif subsidi petrol BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bagi melindungi kesejahteraan rakyat.
3bulan ago
SHAH ALAM, 23 Sept (Bernama) -- Malaysia berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran defisit belanjawan tahun ini sebanyak 3.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berikutan pelaksanaan program subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
3bulan ago
GEORGE TOWN, 23 Sept (Bernama) -- Kerajaan hari ini menegaskan larangan bagi kenderaan nombor pendaftaran asing untuk membeli petrol RON95 masih kekal walaupun bahan api itu akan diapungkan untuk golongan bukan layak bagi subsidi itu.
3bulan ago
GEORGE TOWN, 23 Sept (Bernama) -- Kerajaan akan memperkenalkan beberapa mekanisme kawalan untuk memastikan pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 berjalan lancar dan tidak disalah guna.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa sekali gus meneruskan kenaikannya apabila keyakinan pasaran didorong oleh pendirian dasar tegas kerajaan susulan rasionalisasi subsidi RON95.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Langkah rasionalisasi RON95 yang menetapkan harga bahan api itu kepada RM1.99 daripada RM2.05 seliter bermula 30 Sept, 2025, dijangka dapat mengekang tekanan inflasi selain menjana pertumbuhan, kata OCBC Global Markets Research.
3bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Rasionalisasi subsidi RON95 menunjukkan pencapaian penting dalam usaha pembaharuan struktur ekonomi Malaysia, dengan pengurangan perbelanjaan subsidi dijangka membantu mengurangkan defisit fiskal serta menambah baik kaedah pengurusan hutang kerajaan.