Terdapat 32 berita berdasarkan kata kunci carian "kementerian perladangan dan komoditi"

KPK Rangka Inisiatif Transformasikan Sektor Agrikomoditi Jadi Pekerjaan Berasaskan Teknologi

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah merangka beberapa inisiatif bagi mentransformasikan sektor agrikomoditi daripada pekerjaan berasaskan buruh kepada pekerjaan berasaskan teknologi.

Kenaikan Tarif Sarung Tangan Perubatan China Di AS Buka Peluang Kepada Pemain Industri Tempatan - KPK

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) melihat kenaikan tarif sarung tangan perubatan dari China di Amerika Syarikat (AS) sebagai peluang kepada industri sarung tangan getah negara untuk meningkatkan kembali bahagian pasaran di AS.

Kerajaan Negeri Dialu-alukan Bekerjasama Hasilkan Makanan Ternakan - Johari Abdul Ghani

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi mengalu-alukan kerjasama dengan mana-mana kerajaan negeri untuk mengurangkan kebergantungan import bahan makanan ternakan dalam industri yang dihasilkan khususnya daripada sisa-sisa bahan buangan seperti kelapa sawit.

KPK-MOF Bincang Tingkatkan Bantuan Geran Tanam Semula Sawit - Johari

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan berbincang dengan Kementerian Kewangan (MOF) untuk meningkatkan bantuan geran penanaman semula sawit bagi merancakkan semula produktiviti dalam kalangan pekebun kecil.

Belanjawan 2025: MPOB Harap Kerajaan Bantu Penanam Pulih Semula Pokok Sawit Tidak Produktif

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berharap kerajaan akan membantu penanam mempercepatkan aktiviti penanaman semula bagi memulihkan pokok kelapa sawit yang tidak produktif dan tua dalam Belanjawan 2025, untuk meningkatkan produktiviti sektor tersebut.

Permohonan BUDI Agri-Komoditi Masih Rendah - Johari

KLUANG, 24 Sept (Bernama) -- Kerajaan menerima lebih 66,000 permohonan pekebun kecil di seluruh negara bagi program BUDI Agri-Komoditi setakat 20 Sept lepas, dengan 10,000 daripadanya merupakan permohonan rayuan.

Belanjawan 2025: KPK Kemuka Dua Cadangan Perkasa Industri Sawit

PUTRAJAYA, 23 Sept (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah mengemukakan dua cadangan kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk dimasukkan ke dalam Belanjawan 2025 bagi memperkasakan industri sawit.

Cadangan Semakan Semula WPL Dibentang Kepada MOF Minggu Lepas, Tunggu Maklum Balas - Johari

PUTRAJAYA, 23 Sept (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah membentangkan cadangan semakan semula levi keuntungan luar biasa (WPL) ke atas minyak sawit di negara ini kepada Kementerian Kewangan (MoF) minggu lepas.