Terdapat 110 berita berdasarkan kata kunci carian "nationgate"

Bursa Malaysia Menongkah Aliran Serantau Untuk Ditutup Lebih Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia menongkah arus aliran serantau untuk ditutup lebih rendah pada Khamis, apabila tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi perbankan terpilih melembapkan sentimen, dengan ketiadaan pemangkin domestik baharu digandingkan dengan kumpulan keluaran pendapatan korporat yang tidak memberangsangkan, kata penganalisis.

Bursa Dibuka Tinggi Didorong Oleh Optimisme Terhadap Perancangan Pelaburan Digital Negara

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, didorong oleh optimisme terhadap perancangan pelaburan digital negara walaupun Wall Street mencatatkan penurunan semalaman.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia susut daripada kenaikan sebelumnya untuk ditutup rendah hari ini berikutan penjualan lewat dalam persekitaran prestasi bercampur-campur merentasi pasaran serantau.

FBM KLCI Teruskan Penurunan Hari Kelima Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- FBM KLCI meneruskan penurunan pada hari kelima berturut-turut pada Rabu sekali gus memperlihatkan sentimen mengelakkan risiko yang semakin ketara di seluruh pasaran ekuiti Malaysia, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Kenaikan Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka sedikit tinggi pada Selasa, meningkat daripada penurunan semalam, apabila kalangan pelabur menjejaki kenaikan dalam tempoh semalaman di Wall Street.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Seiring Dengan Pasaran Serantau

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin, mencerminkan prestasi suram di seluruh Asia berikutan data ekonomi China yang lemah dan penurunan penarafan kredit berdaulat Amerika Syarikat baru-baru ini yang menjejaskan sentimen pasaran serantau.

Bursa Malaysia Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah dalam sesi dagangan awal hari ini berikutan kekurangan pemangkin baharu untuk memacu pasaran domestik.

Kurang Pemangkin, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini dengan lebih rendah, diasak oleh kekurangan pemangkin baharu yang turut memaparkan aliran di peringkat pasaran serantau.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini dengan lebih rendah, didorong oleh jualan yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam keadaan kekurangan pemangkin baharu.

Belian Saat Akhir Dorong Bursa Malaysia Ditutup Sedikit Tinggi

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dapat mengekang penurunan awal untuk ditutup tinggi pada Rabu, didorong belian pada saat-saat terakhir di seluruh papan, kata penganalisis.

FBM KLCI Rendah Sedikit Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, dipengaruhi oleh sentimen berhati-hati berikutan isyarat bercampur-campur daripada prestasi Wall Street dalam tempoh semalaman.

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) memulakan dagangan Rabu dengan meningkat seketika sebelum susut, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur ketika pelabur terus meneliti data inflasi Amerika Syarikat (AS).