23hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia yang bergerak dalam aliran rendah sepanjang hari, pulih semula untuk ditutup tinggi, disokong pembelian pada saat akhir ketika para pelabur dalam keadaan berwaspada namun optimis menjelang pengumuman keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) esok.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Malaysia melangkah menuju 2026 dengan sektor minyak dan gas yang masih kukuh, namun faktor yang mempengaruhinya sedang berubah lebih cepat berbanding dalam tempoh beberapa dekad lepas.
24hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Industri telekomunikasi mencatat prestasi yang berdaya tahan pada 2025 walaupun beroperasi dalam persekitaran mendatar -- paparan pasaran matang yang konsisten dengan trend global.
25hari ago
PUTRAJAYA, 7 Dis (Bernama) -- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) akan melakar sejarah baharu dengan mewujudkan program sukuk pertamanya yang diberi penarafan, pada tahun depan seterusnya menjadi satu langkah strategik yang bertujuan memperluas ekosistem pendanaannya di samping menyokong usaha kerajaan dalam menguruskan liabiliti negara secara berhemat.
26hari ago
KUCHING, 6 Dis (Bernama) -- Syarikat penerbangan milik Sarawak, AirBorneo, akan mengendalikan pesawat jet mulai Julai 2026 sebagai sebahagian perancangan negeri untuk mengukuhkan rangkaian hubungan udara, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
29hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara meningkat tiga sen seliter masing-masing, kepada RM3.29 dan RM2.66 seliter, bagi tempoh 4 hingga 10 Disember ini.
30hari ago
KUCHING, 2 Dis (Bernama) -- Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak telah menerima peruntukan sebanyak RM326 juta di bawah Belanjawan Negeri 2026, kata Menterinya Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.
1bulan ago
KUCHING, 1 Dis (Bernama) -- Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Seri Julaihi Narawi berharap kerajaan Persekutuan dapat memberi ruang kepada syarikat telekomunikasi negeri ini untuk turut terlibat dalam pelaksanaan projek Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM).
1bulan ago
KUCHING, 26 Nov (Bernama) -- Sarawak kekal sebagai destinasi utama bagi pelabur antarabangsa khususnya dalam sektor tenaga boleh baharu (TBB) selaras dengan usaha negeri ini untuk menjadi "kuasa tenaga” serantau dalam sektor berkenaan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Sarawak Oil Palms Bhd (SOPB) bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2025 susut kepada RM110.95 juta daripada RM121.80 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.
1bulan ago
KUCHING, 24 Nov (Bernama) -- Belanjawan Sarawak 2026 berjumlah RM12.9 bilion merangkumi RM7.3 bilion untuk perbelanjaan pembangunan dan RM5.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus, kata Premiernya Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh aliran meningkat di Wall Street pada Jumaat lepas dan aktiviti belian saham pada harga rendah.