Terdapat 354 berita berdasarkan kata kunci carian " mendatar"

Ringgit Meningkat Berbanding Dolar AS Berikutan Prospek Positif Belanjawan 2025

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada hari dagangan pertama minggu Belanjawan 2025, didorong oleh keyakinan bahawa kerajaan dijangka mengekalkan disiplin fiskal dan memastikan defisit fiskal di bawah empat peratus daripada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun depan.

Ringgit Dibuka Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit pada Isnin dalam persekitaran sentimen lemah berikutan peniaga menilai semula pendirian mereka terhadap kemungkinan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengambil masa lebih lama untuk menurunkan kadar faedah, kata ahli ekonomi.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Belian Pada Harga Rendah

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia pulih daripada penurunan semalam untuk ditutup tinggi hari ini, dipacu oleh aktiviti belian ketika harga rendah selepas jualan secara besar-besaran tiga hari berturut-turut, kata seorang penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan mendatar minggu depan berikutan peniaga meneliti faktor pasaran bersempena cuti Minggu Emas di China yang akan datang, kata peniaga.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Berikutan Sentimen Kukuh Global

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum positif pagi ini, disokong oleh sentimen pasaran global yang memberangsangkan, kata penganalisis.

Rakuten Trade Naikkan Sasaran FBM KLCI Cecah 1,780, Dahului Prestasi Di ASEAN

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Firma pembrokeran Rakuten Trade Sdn Bhd menjangkakan indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencecah paras 1,780 menjelang akhir tahun ini yang juga peningkatan berbanding unjuran Julai di paras 1,730.