9bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mengadakan lima lagi prosiding tertutup bulan ini berhubung peningkatan bayaran premium insurans kesihatan, caj hospital swasta dan impak kepada kesihatan awam sebelum menyediakan laporan penuh.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- The Italian Baker Sdn Bhd, pengeluar roti Massimo mengumumkan gangguan sementara terhadap pengeluaran produk bakerinya disebabkan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada Selasa lepas yang telah menjejaskan bekalan gas asli cecair (LNG) ke kilangnya.
9bulan ago
Oleh Kenny Teng
BANGKOK, 3 April (Bernama) -- Kerajaan Thailand sedia berunding dengan Amerika Syarikat (AS) selepas Presiden Donald Trump mengumumkan pelaksanaan tarif timbal balik sebanyak 36 peratus ke atas eksport Thailand ke AS.
9bulan ago
Oleh Nurul Hanis Izmir
PUTRAJAYA, 30 Mac (Bernama) -- Ketidaktentuan ekonomi semasa memberi kesan terhadap pola perbelanjaan rakyat Malaysia dalam musim perayaan, dengan pengguna cenderung lebih berhati-hati meskipun keadaan ekonomi negara berada dalam landasan yang baik.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Tujuh platform pendanaan ekuiti awam, pembiayaan rakan setara (P2P) telah dipilih untuk menyertai Dana Pelaburan Bersama Strategik (CoSIF) berjumlaj RM131.5 juta di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Kekurangan dana dalam sektor kesihatan awam Malaysia kekal sebagai cabaran utama, dengan perbelanjaan penjagaan kesihatan kira-kira empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menurut Malaysian Reinsurance Bhd (Malaysian Re).
9bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Penyelesaian untuk pertahanan serangan siber boleh dioptimumkan melalui pelbagai strategi, termasuk menggunakan algoritma genetik, pengaturcaraan linear dan metaheuristik.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) merancang untuk mengurangkan pegangan aset strategik daripada 56 peratus kepada 35 peratus di bawah 'Projek Bumi' dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk menurunkan pendedahan di samping mengekalkan kawalan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal berdaya tahan tahun ini disokong oleh kemajuan berterusan dalam projek jangka panjang, peningkatan pendapatan isi rumah dan keadaan monetari global yang mereda, kata RHB Investment Bank (RHB IB).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Kerajaan MADANI mengumumkan peruntukan dana kumulatif berjumlah RM1.5 bilion bagi menyokong inisiatif pendigitalan perniagaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di seluruh negara dengan matlamat meningkatkan daya saing perniagaan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Permintaan domestik yang kukuh akan terus menampan ekonomi Malaysia daripada ketidakpastian luaran termasuk kemungkinan kesan daripada pengenaan tarif Amerika Syarikat.
9bulan ago
PADANG BESAR, 24 Mac (Bernama) — Fasa 1 Projek Perlis Inland Port (PIP) di Chuping, di sini, dijangka siap pada suku ketiga tahun ini berupaya mengendalikan 300,000 bersamaan dua puluh kaki (TEU) kontena setahun.