10bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Paramount Corporation Bhd mensasarkan jualan hartanah sebanyak RM1.5 bilion pada 2025 berbanding RM1.389 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelum ini, disokong oleh nilai pembangunan kasar RM1.4 bilion (GDV) di seluruh lapan projek yang dilancarkan.
10bulan ago
IPOH, 3 Mac (Bernama) -- Green Excel Manufacturing Sdn Bhd (GEM) melancarkan kemudahan pembuatan tercanggih di Taiping pada 1 Mac lepas, membuktikan komitmennya terhadap inovasi, kualiti dan pertumbuhan operasi global dan tempatannya.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Sebanyak 841.18 hektar atau 15.3 peratus daripada keseluruhan keluasan Taman Industri Halal berstatus HALMAS (Halal Malaysia) di seluruh negara mencatatkan pelaburan terkumpul RM16.75 bilion bagi tempoh 2012 hingga 2024.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Mah Sing Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2024 meningkat kepada RM240.75 juta berbanding RM215.29 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan 2023, mencerminkan permintaan yang berdaya tahan berikutan harga yang berpatutan dan lokasi projek yang strategik.
10bulan ago
KAJANG, 26 Feb (Bernama) -- Pasaran harta tanah pada 2024 merekodkan prestasi luar biasa dengan bilangan dan nilai transaksi harta tanah mencecah rekod tertinggi sepanjang tempoh sedekad, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
10bulan ago
KAJANG, 26 Feb (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dijangka kekal komited membayar dividen berjumlah RM32 bilion kepada kerajaan pada tahun ini, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
10bulan ago
KOTA KINABALU, 25 Feb (Bernama) -- Sabah hari ini mencatat sejarah dalam sektor pertanian apabila buat pertama kalinya berjaya mengeksport 15 tan Nanas MD2 hasil daripada Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)-Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) di sini hari ini.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Kemajuan dalam penanaman semula sawit masih ketinggalan, dengan Malaysia hanya berjaya menanam semula 114,000 hektar atau 2.0 peratus daripada jumlah kawasan bertanam pada 2024, menyusut daripada 132,000 hektar (2.3 peratus) pada 2023.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- ST Telemedia Global Data Centres (STT GDC) yang beribu pejabat di Singapura mengadakan majlis pecah tanah hari ini bagi kemudahan pusat data pertamanya di Johor.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih UOA Development Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 melonjak kepada RM287.30 juta daripada RM279.55 juta pada tahun kewangan 2023.
10bulan ago
SHAH ALAM, 23 Feb (Bernama) -- Legenda Beringin Holding Sdn Bhd dan Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd hari ini menandatangani perjanjian untuk membangunkan Taman Perindustrian Automotif Pintar Chery (Chery Smart Auto Industrial Park) di Automotif Berteknologi Tinggi Lembah Beringin (Beringin HTA Valley), Hulu Selangor.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Rizab antarabangsa Malaysia meningkat kepada US$117.7 bilion pada 14 Feb, 2025 daripada US$116.4 bilion pada 31 Jan, 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).