3bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka meningkat minggu depan berikutan kekangan bekalan akibat keadaan cuaca buruk khususnya di negara pengeluar getah utama iaitu Thailand dan Malaysia, kata Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 4.0 hingga 4.5 peratus pada 2026 dibuat dengan mengambil kira persekitaran ekonomi dunia yang sedikit perlahan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
3bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif terencat selepas mencatatkan keuntungan selama tiga hari berturut-turut untuk ditutup lebih rendah hari ini berikutan laporan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MOPB) mengenai paras inventori yang lebih tinggi dari jangkaan, kata pedagang minyak sawit David Ng.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Peruntukan khusus kepada sektor sawit di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap industri itu sebagai penyumbang utama kepada ekonomi negara serta kesejahteraan pekebun kecil dan tenaga kerja tempatan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Berkat penemuan saintifik, Malaysia berjaya menangkis tohmahan barat terhadap sawit menerusi peningkatan eksport terutamanya ke China dan India, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) menerima peruntukan berjumlah hampir RM2.4 bilion menerusi Belanjawan 2026.
3bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur pada Jumaat, didorong oleh petunjuk lemah daripada niaga hadapan getah serantau dan penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) Malaysia menurun 0.73 peratus bulan ke bulan kepada 1.84 juta tan pada September 2025 daripada 1.86 juta tan pada Ogos 2025, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kutipan hasil kerajaan dianggar berjumlah RM343.1 bilion pada 2026, didorong oleh peningkatan dalam cukai langsung dan tidak langsung.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Sektor pembuatan mencatatkan jualan berjumlah RM168.3 bilion pada Ogos 2025, berkembang 2.7 peratus, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
3bulan ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah, Kisho Kumari Sucedaram and Norsyafawati Ab Wahab
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) – Eksport semikonduktor dan aplikasi kelebihan kecerdasan buatan (AI) yang meningkat akan menjadi antara faktor yang menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun depan pada kadar antara 4.0 dan 4.5 peratus yang membanggakan berbanding 4.0 hingga 4.8 peratus tahun ini walaupun berdepan cabaran perdagangan global, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- BMI, unit Fitch Solutions, mengekalkan unjuran harga minyak mentah Brent pada purata tahunan US$68 setong bagi 2025 dan US$67 setong bagi 2026, turun daripada US$80 setong pada 2024.(US$1 = RM4.21).