1tahun ago
LIMA (Peru), 12 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dianugerahkan pingat tertinggi Peru, “El Sol del Peru” sebagai satu penghormatan tertinggi kepada ketua kerajaan semasa lawatan sulung beliau ke negara Amerika Latin sejak menggalas tanggungjawab berkenaan pada 2022.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Malaysia dan Mesir mempunyai peluang untuk saling membantu mengakses pasaran masing-masing dengan Malaysia sebagai gerbang ke ekonomi ASEAN yang dinamik dan Mesir sebagai pintu masuk ke pasaran Timur Tengah dan Afrika.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) --Trend penurunan defisit fiskal menunjukkan komitmen kerajaan untuk memastikan nisbah hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dapat dikurangkan tidak melebihi 60 peratus dicapai dalam tempoh jangka sederhana.
1tahun ago
Daripada M. Saraswathi
LIMA (Peru), 11 Nov (Bernama) -- Minggu Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2024 bakal bermula minggu ini dengan agenda perbincangan barisan pemimpin dan menteri menyentuh aspek dasar dalam membolehkan 21 ekonomi anggotanya menangani pelbagai cabaran semasa.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Pertama Digital Bhd (Pertama Digital) berjaya menyelesaikan kerja-kerja penyepaduan yang menggabungkan MyDigital ID ke dalam produk utamanya.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat RM5 bilion kepada RM19.67 bilion pada suku ketiga 2024 daripada RM14.67 bilion pada suku ketiga 2023.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) - Malaysia sedang memantau rapat kemungkinan perubahan yang mungkin berlaku yang akan memberi kesan kepada ekonomi global dan tempatan berikutan kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Forum Perniagaan Antarabangsa “World of Opportunities: Russia-ASEAN” dijadualkan berlangsung di ibu negara pada 26 hingga 27 Nov, 2024 bertujuan mengukuhkan kedudukan pemain ekonomi utama di rantau ini.
1tahun ago
SEREMBAN, 11 Nov ( Bernama) -- Sebuah hospital pakar swasta membabitkan pelaburan bernilai RM150 juta bakal dibina di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan dijangka siap menjelang 2028, menerusi kerjasama Oval Gallery Sdn Bhd dan Sena Healthcare Services Sdn Bhd.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pembinaan Komuniti China – Malaysia dengan Masa Depan Bersama kini mencapai tahap baharu.
1tahun ago
Oleh Muhamad Amir Aiman Azlan
SHAH ALAM, 11 Nov (Bernama) -- Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) dan PayMate berganding bahu dalam usaha memperkasa kira-kira 70,000 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negeri ini dengan menawarkan kemudahan pilihan pembayaran tambahan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- TM Global, cabang perniagaan borong TM, akan mengembangkan Pusat Data Lembah Klang (KVDC) di Cyberjaya dan Pusat Data Iskandar Puteri (IPDC) di Johor, bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk perkhidmatan pengehosan data domestik dan antarabangsa.