2bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Kejayaan Malaysia mencatat pertumbuhan eksport yang melonjak 15.7 peratus tahun ke tahun kepada RM148.32 bilion dan tertinggi pernah diraih, hanya membuktikan keberkesanan strategi lindung nilai geoekonomi negara, kata Pengarah, Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan.
2bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka menyaksikan aktiviti pembelian saham berharga rendah minggu depan selepas tidak mengalami banyak perubahan baru-baru ini berikutan pelabur menilai semula sentimen pasaran sementara menunggu petunjuk makroekonomi global yang utama.
2bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Ringgit dijangka terus mengukuh, diniagakan dalam julat 4.12 hingga 4.14 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan ketika peniaga dan pelabur kekal berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (Fed) AS pada Disember ini.
2bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka meningkat sedikit minggu depan berikutan kebimbangan terhadap faktor berkaitan cuaca, kata seorang peniaga.
2bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka bergerak dengan kecenderungan menaik minggu hadapan, seiring dengan prestasi pasaran tunai pendasar.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini memperkukuh komitmennya terhadap kesejahteraan negara dengan memberi penekanan kepada usaha pemerkasaan pelanggan, sokongan komuniti dan kelestarian bekalan tenaga untuk jangka panjang.
2bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Ringgit meneruskan peningkatan untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan jangkaan yang meningkat terhadap penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) pada Disember.
2bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunan semalam untuk ditutup rendah pada Jumaat, dipengaruhi kekurangan petunjuk daripada Wall Street, ketiadaan pemangkin baharu, serta penjualan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Selama tiga hari, Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) serta Pameran Industri Bangunan dan Pembinaan Antarabangsa Malaysia (BuildXpo) 2025 telah berjaya menarik sejumlah 15,987 profesional industri dan pelawat perdagangan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan prestasi COMEX Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah.
2bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, didorong oleh kenaikan dalam pasaran getah serantau berikutan kebimbangan yang meningkat mengenai bekalan getah yang terjejas akibat hujan lebat di negara pengeluar utama getah asli, kata peniaga.
2bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis apabila cakap-cakap mengenai kemungkinan pengurangan kadar faedah di AS semakin mendapat perhatian.