Terdapat 2401 berita berdasarkan kata kunci carian " kadar "

Ringgit Melonjak Kepada Paras 4.16 Berbanding Dolar AS Pada Sesi Pembukaan

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Ringgit terus mencatatkan prestasinya yang kukuh dengan dibuka tinggi dan mencecah paras 4.16 berbanding dolar AS pada Isnin disokong oleh minat belian berterusan terhadap mata wang tempatan itu.

Perak Catat Pelaburan Bernilai RM6.25 Bilion Libatkan 203 Projek Setakat Jun Lepas - Saarani

KUALA KANGSAR, 9 Nov (Bernama) -- Negeri Perak mencatatkan pelaburan bernilai RM6.25 bilion melibatkan 203 projek yang berpotensi menjana lebih 5,000 peluang pekerjaan setakat Jun lepas, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

ART: Sektor Semikonduktor Antara Fokus AS Pada Rundingan Akan Datang

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Beberapa sektor strategik negara seperti semikonduktor akan mendapat perhatian yang lebih positif daripada Amerika Syarikat (AS) dalam rundingan akan datang Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART).

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Sedikit Lebih Tinggi Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan sedikit lebih tinggi minggu depan, disokong oleh penstabilan harga emas sekitar US$4,000 setiap auns troy.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat meskipun momentum positif di pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS).

Ringgit Ditutup Pada 4.17 Berbanding Dolar AS -- Paras Tertingginya Dalam Tempoh 13 Bulan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat mencecah 4.17 - paras tertingginya setakat tahun ini - disokong oleh data positif ekonomi Malaysia, Kadar Dasar Semalam (OPR) stabil dan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah.

Gabenor: Ekonomi Malaysia Kekal Pada Landasan Pertumbuhan Stabil Menjelang 2026

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Berikut adalah transkrip wawancara Bernama menerusi e-mel dengan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan Jumaat selepas Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus, mencecah paras 4.17.

Kerajaan Kurangkan Unjuran Kebergantungan Hasil Petroleum Kepada 12.5 Peratus Pada 2026

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kerajaan mengunjurkan kebergantungan kepada hasil berkaitan petroleum adalah lebih rendah pada kadar 12.5 peratus untuk 2026 berbanding 16.9 peratus pada 2025, menurut Kementerian Ekonomi.

Bursa Malaysia, Pengawal Selia Perkukuh Kerjasama Tangani Risiko Penjualan Dana Asing

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dan pihak pengawal selia bekerjasama erat bagi memacu keberkesanan, kecergasan serta kemudahan akses pasaran bagi pelabur, termasuk pelabur asing bagi mengurangkan risiko penjualan dan penarikan dana dari pasaran saham.

PNB Merdeka Ventures Terbit Sukuk Lestari Korporat Terbesar Di ASEAN

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd berjaya melaksanakan terbitan sulung Sukuk Wakalah Merdeka Lestari di bawah Program Sukuk Wakalah Merdeka sehingga RM6 bilion nilai nominal sebagai sebahagian daripada strategi kepelbagaian pembiayaannya.

Ringgit Kukuh, Ditutup Tinggi Selepas MPC BNM Kekalkan OPR Pada 2.75 Peratus

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi dan kekal stabil pada paras 4.18 hari ini apabila mesyuarat terakhir Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tahun ini mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.