BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Sabah FC 0-3 Melaka FC | 

Terdapat 2174 berita berdasarkan kata kunci carian " prestasi "

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka bercampur-campur hari ini di tengah-tengah prestasi positif pasaran tunai.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Bagi Hari Ketiga Dipacu Pengukuhan Ringgit, Minat Terhadap Sektor Domestik

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan lebih tinggi pada Rabu yang juga peningkatan bagi hari ketiga berturut-turut, didorong oleh momentum pengukuhan berterusan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang dijangka menarik tumpuan peniaga terhadap sektor domestik seperti kaunter pengguna.

Bintulu Port Kendali Lebih 80 Peratus Perdagangan Import, Eksport Sarawak

KUCHING, 11 Nov (Bernama) -- Bintulu Port mengendalikan secara konsisten lebih 80 peratus daripada jumlah import dan eksport Sarawak, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Bintulu Port Holdings Bhd Datuk Ruslan Abdul Ghani.

Bursa Malaysia Teruskan Momentum Kenaikan Untuk Ditutup Tinggi

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum kenaikannya untuk hari kedua berturut-turut, didorong oleh pengukuhan ringgit, optimisme baharu dalam beberapa sektor terpilih dan jangkaan yang semakin meningkat penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS) akan diselesaikan tidak lama lagi.

Pembangunan EV Perodua Cermin Komitmen Malaysia Terhadap Teknologi Hijau - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) - Pembangunan model kenderaan elektrik (EV) Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan memperkukuh keupayaan industri automotif nasional serta mencerminkan komitmen negara terhadap teknologi hijau, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdagangan Borong, Runcit Meningkat 6.6 Peratus Pada September 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia pada September 2025  merekodkan jumlah jualan sebanyak RM158 bilion pada September, dengan pertumbuhan 6.6 peratus tahun ke tahun, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Hasil Sektor Perkhidmatan Meningkat 6.3 Peratus Pada Suku Ketiga 2025 Kepada RM657.7 Bilion - Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Hasil sektor perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan 6.3 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga 2025 kepada RM657.7 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ekspo Pengangkutan Asia Akan Dijalankan Dua Tahun Sekali Bersama LIMA - Loke

SEPANG, 11 Nov (Bernama) -- Ekspo Pengangkutan Asia (TXA) yang akan diadakan setiap dua tahun sekali bakal menjadi platform bagi syarikat yang terlibat dalam pelbagai penyelesaian berkaitan pengangkutan untuk mempamerkan perkhidmatan masing-masing, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Pertumbuhan KDNK 2025 Berpotensi Capai Paras Lebih Tinggi - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2025 berpotensi mencapai paras yang lebih tinggi, disokong prestasi ekonomi yang baik tahun ini.

Ringgit Cecah RM4.16, Muncul Sebagai Mata Wang Berprestasi Terbaik Di Asia - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Ringgit kini didagangkan pada RM4.16 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sekali gus muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di Asia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Sesi niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka lebih tinggi hari ini seiring dengan prestasi positif asas pasaran tunai.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seiring Prestasi Wall Street

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih tinggi, didorong oleh limpahan positif ke atas pasaran tempatan susulan peningkatan semalaman Wall Street ketika anggota Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) bertindak bagi mengakhiri penutupan operasi kerajaan negara maju itu.