9bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Pengumuman agihan keuntungan tahun 2024 oleh Lembaga Tabung Haji (TH) baru-baru ini seakan menyalakan keceriaan terutamanya buat pendeposit tatkala sambutan Aidilfitri menjelang tiba.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Kekurangan dana dalam sektor kesihatan awam Malaysia kekal sebagai cabaran utama, dengan perbelanjaan penjagaan kesihatan kira-kira empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menurut Malaysian Reinsurance Bhd (Malaysian Re).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Muhibbah Engineering (M) Bhd (MEB), ITS Konsortium Sdn Bhd (ITSK) memperoleh 12.52 juta saham biasa dalam Master-Pack Group Bhd (MPGB) pada harga RM54.65 juta.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Agrobank mencatat rekod penyaluran pembiayaan tertinggi sebanyak RM10.44 bilion yang merentasi semua sektor pada 2024.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Rakuten Trade Sdn Bhd (Rakuten Trade) melancarkan perkhidmatan pertama dalam pasaran, yang menawarkan yuran broker tergabung bagi dagangan saham Amerika Syarikat (AS).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) menjangkakan pertumbuhan pembiayaan Islam akan berkembang pada kadar stabil sebanyak lapan peratus pada 2025 walaupun menghadapi cabaran dan ketidaktentuan global.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, menjejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman, kata penganalisis.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Prudential Assurance Malaysia Bhd (PAMB) menegaskan komitmen sepenuhnya terhadap langkah-langkah interim Bank Negara Malaysia (BNM) di sebalik laporan baru-baru ini ia menaikkan premium insurans kesihatan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Keuntungan dana insurans hayat dan takaful keluarga pada separuh kedua 2024 menurun kepada RM4.1 bilion berbanding separuh masa pertama iaitu RM8.4 bilion , didorong oleh keuntungan bersih belum direalisasikan yang lebih rendah daripada portfolio pelaburan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Inflasi dijangka menunjukkan trend menaik antara dua peratus hingga 3.5 peratus tahun ini berbanding purata pada 1.8 peratus pada tahun 2024 tetapi akan kekal terkawal berikutan keadaan kos global yang semakin reda dan ketiadaan tekanan permintaan yang berlebihan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Deposit sistem perbankan berkembang pada kadar yang lebih perlahan iaitu sebanyak tiga peratus pada separuh kedua 2024 dipacu oleh pertumbuhan deposit perniagaan pemastautin selain sebahagiannya mencerminkan kos lebih tinggi dan pembayaran balik hutang.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjur berkembang antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada 2025 didorong oleh permintaaan dalam negeri yang terus kukuh dan landskap pelaburan mantap dengan eksport dijangka sederhana dalam keadaan ketidakpastian luaran, kata Bank Negara Malaysia (BNM).