BERITA TERKINI   Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka sederhana pada 4.6 peratus 2025, disokong projek infrastruktur, pelaksanaan pelaburan swasta dan penggunaan swasta yang teguh - Ketua Ahli Ekonomi AmBank | Ringgit dijangka diniagakan mendatar, dengan unjuran akhir tahun pada RM4.45 berbanding dolar AS - Ketua Ahli Ekonomi AmBank | BNM akan kekalkan pendirian akomodatif dan pastikan kadar OPR kekal stabil sekurang-kurangnya sehingga separuh pertama 2025 - Ketua Ahli Ekonomi AmBank | Aerotrain KLIA dijangka beroperasi semula pada suku kedua 2025 tanpa menjejaskan Kepengerusian ASEAN-Malaysia - MAHB | 

Terdapat 370 berita berdasarkan kata kunci carian " rantau"

Capital A, PT Garuda Indonesia Labur US$12 Juta Jalin Kerjasama Dalam MRO Peralatan Pendaratan

Daripada Soraya Jamal

BALI, 18 Sept (Bernama) --  Anak syarikat Capital A Bhd, Asia Digital Engineering Sdn Bhd (ADE) dan PT Garuda Maintenance Facility Aero Asia Tbk (GMF) memeterai kerjasama strategik bagi perniagaan penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) peralatan pendaratan baharu dengan gabungan pelaburan berjumlah US$12 juta (US$1 = RM4.25).

Syarikat Insurans, Pengendali Takaful Digesa Kembang Kapasiti, Rapat Jurang Perlindungan - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Syarikat insurans dan pengendali takaful perlu mengembangkan kapasiti mereka dan berusaha untuk merapatkan jurang perlindungan kritikal serta mengukuhkan jaringan keselamatan kewangan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

CAAM Harus Perkukuhkan Keupayaan Untuk Tangani Cabaran Penerbangan Global - Timbalan Menteri

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) harus terus meningkatkan keupayaannya untuk menambah baik dari segi keselamatan dan kapasiti, memastikan ia dapat menghadapi cabaran serantau dan global yang muncul.

Sedekad Di Malaysia, Al'ard Sumbang RM50 Juta Ke Palestin

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Jenama produk kesihatan berasaskan minyak zaitun Palestin,  Al'Ard mencipta sejarah dengan menghantar sebanyak RM50 juta ke Palestin ketika tempoh 10 tahun ia beroperasi di Malaysia.

Pengerusi ASEAN Yang Baharu Akan Tingkat Perdagangan Dengan ASEAN Plus : Matrade

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Malaysia yang akan menjadi Pengerusi ASEAN menjelang tahun hadapan akan membuka peluang yang sangat baik kepada negara untuk mengembang serta mengukuhkan hubungan perdagangan, bukan sahaja dengan anggota ASEAN tetapi dengan negara-negara ASEAN Plus, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Pegawai Kawalan Trafik Udara, Wira Keselamatan Industri Penerbangan

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Di sebalik kelibat pesawat yang melintasi ruang angkasa, tidak ramai yang menyedari jasa wira tak didendang - pegawai trafik kawalan udara (PTKU) yang bertugas melakukan pemantauan di menara kawalan.

Perkongsian Strategik Komprehensif Pacu Pertumbuhan Perdagangan Malaysia-India

Oleh V. Sankara

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- India yakin bahawa Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) yang baharu dipertingkatkan dengan Malaysia akan mendorong perdagangan dua hala ke tahap yang lebih tinggi dengan sasaran US$25 bilion menjelang 2026, kata Menteri Hal Ehwal Luar India, Kirti Vardhan Singh.

ALPS Global Sasar Kumpul US$100 Juta Daripada Penyenaraian Di Nasdaq

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) – Kumpulan bioteknologi bersepadu ALPS Global Holding Bhd, yang bakal disenaraikan di Nasdaq pada suku keempat 2024, menyasar mengumpul US$100 juta daripada penyenaraian tersebut untuk membiayai pengembangan, kajian klinikal dan kilang pembuatannya.

15 Syarikat Malaysia Buat Penampilan Sulung Di Index Saudi Arabia 2024 - Matrade

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sedang menyelaraskan penyertaan 15 syarikat Malaysia untuk muncul kali pertama di INDEX Saudi Arabia 2024 dari 17-19 September, 2024 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Persidangan Riyadh Front.

Kia Asia Pacific Tingkatkan Kedudukan Dengan Buka Pusat Latihan Di Shah Alam

SHAH ALAM, 13 Sept (Bernama) -- Kia Asia Pacific Sdn Bhd mengukuhkan kedudukannya di Malaysia dengan membuka pusat latihan di Glenmarie, Shah Alam, merupakan pusat latihan kelimanya selepas Jerman, Rusia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Amerika Syarikat (AS).