7bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Malaysia berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM4 bilion dan potensi eksport RM675 juta semasa misi perdagangan dan pelaburan ke Perancis yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 4 Julai, 2025.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru lonjakan perdagangan intra-BRICS dan seterusnya perkumpulan itu muncul sebagai satu kuasa yang kuat dan berprinsip, berteraskan keadilan, saling menghormati serta komitmen bersama untuk membentuk orde antarabangsa yang lebih seimbang dan adil.
7bulan ago
Oleh Vikneswaran Raman
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menekankan tentang kepentingan multilateralisme di tengah-tengah peningkatan polarisasi landskap global serta komitmen Malaysia terhadap orde dunia yang lebih seimbang dan inklusif pada Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS di Rio de Janeiro, Brazil.
7bulan ago
Daripada Arul Rajoo Durar Raj
PARIS, 4 Julai (Bernama) - Presiden Perancis Emmanuel Macron menyifatkan lawatan dua hari Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Perancis sebagai berjaya, dengan kedua-dua negara meningkatkan lagi kerjasama dalam semua sektor.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- AirAsia menandatangani perjanjian untuk membeli pesawat jarak jauh Airbus 321XLR bernilai US$12.25 bilion (RM51.72 bilion), dengan serahan disahkan pada 2028, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
7bulan ago
GEORGE TOWN, 4 Julai (Bernama) -- SuperSiC (Malaysia) Sdn Bhd, anak syarikat kepada Zhejiang Jingsheng Mechanical & Electrical Co Ltd (JSG) melakukan majlis pecah tanah bagi kemudahan pembuatan terbaharunya di Penang Technology Park @ Bertam, menandakan satu pencapaian penting dalam strategi pengembangan global syarikat itu.
7bulan ago
Daripada Arul Rajoo Durar Raj
PARIS, 4 Julai (Bernama) -- Malaysia menghargai sokongan Perancis terhadap misi peralihan tenaga dan transformasi ekonomi negara.
7bulan ago
PARIS, 4 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan pertemuan dengan dua pemimpin tertinggi Perancis pada hari kedua lawatan rasminya ke negara itu, hari ini.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, Julai 4 (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari Kanada Mark Carney berharap rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Kanada dapat dimuktamadkan secepat mungkin demi manfaat bersama.
7bulan ago
Oleh D.Arul Rajoo
ROM, 3 Julai (Bernama) -- Malaysia berjaya meraih potensi pelaburan sebanyak RM8.13 bilion menerusi mesyuarat meja bulat kerjasama ekonomi Malaysia dan Itali serta mesyuarat dua hala bersama-sama syarikat di sini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Kementerian Digital sedang berusaha untuk menyatukan dan meningkatkan inisiatif merentas negeri dan agensi bagi memacu ekonomi digital di Malaysia, kata Menterinya, Gobind Singh Deo.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menghadiri mesyuarat meja bulat bersama kalangan ketua industri utama Perancis termasuk daripada firma Imerys, Arkema, Airbus dan Thales sempena lawatan kerja ke negara itu pada 3 dan 4 Julai.