Terdapat 1737 berita berdasarkan kata kunci carian "pac"

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sejajar Penurunan Prestasi Serantau

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini dengan mencatat prestasi rendah seiring penurunan pasaran serantau.

Kemajuan Infrastruktur AI Nvidia-YTL Power Pacu Inisiatif AI Malaysia - PM Anwar

Daripada Nor Baizura Basri

GYEONGJU (Korea Selatan), 31 Okt (Bernama) -- Kemajuan ketara kerjasama Nvidia Corporation-YTL Power International Bhd dalam membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) merupakan dorongan untuk mempercepatkan inisiatif AI negara demi manfaat semua rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bursa Malaysia Rendah Sedikit Pada Tengah Hari Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit ketika sesi dagangan tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung, terutamanya dalam kaunter telekomunikasi, produk pengguna dan perladangan.

Projek LNG Canada Pacu Kerjasama Tenaga Malaysia-Kanada - Pesuruhjaya Tinggi Malaysia

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Projek LNG Canada merupakan penghubung penting dalam memperkukuh kerjasama tenaga antara Malaysia dan Kanada, dengan kedua-dua negara digesa untuk meneroka bidang kerjasama baharu di luar sektor gas asli cecair (LNG).

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat berikutan prestasi Wall Street semalaman yang kurang menggalakkan.

APEC : Malaysia Gesa Pemodenan Peraturan Dagangan Global, Manfaatkan Digitalisasi

Daripada Nor Baizura Basri

GYEONGJU (Korea Selatan), 30 Okt (Bernama) -- Malaysia menggesa kalangan ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) bertindak melakukan pemodenan peraturan perdagangan global untuk memanfaatkan pendigitalan serta kecerdasan buatan (AI) bagi pertumbuhan yang terangkum.

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi Susulan Pelabur Meneliti Pendapatan Syarikat

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini apabila pelabur meneliti laporan pendapatan syarikat selain memantau mengenai perkembangan pasaran serantau.

Pelabur Teruskan Aktiviti Buru Saham, FBM KLCI Kekal Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada tengah hari ketika pelabur terus ligat memburu saham-saham berharga rendah, terutama sektor barangan pengguna, kewangan dan utiliti.

Perjanjian Perdagangan Timbal Balas: Malaysia Perlu Pelaburan, Perdagangan Dari AS, Kata PM Anwar

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) ditandatangani berikutan negara memerlukan pelaburan dan perdagangan yang tinggi dari AS.

Sentimen Positif Pacu Ringgit Terus Mengukuh Bagi Hari Kelima Berturut-turut

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) --Ringgit meneruskan aliran pengukuhannya untuk hari kelima berturut-turut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kumpulan mata wang utama lain, didorong oleh minat risiko susulan berakhirnya Sidang Kemuncak ASEAN yang positif.

Bursa Malaysia Ditutup Sedikit Rendah Menjelang Keputusan Kadar Faedah Fed AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup sedikit rendah hari ini susulan para pelabur kekal berhati-hati menjelang keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat yang dijangka diumumkan malam ini.

PDT, UEM Lestra Jalin Kerjasama Pacu Projek Solar Hibrid 1GW Di Johor

ISKANDAR PUTERI, 29 Okt (Bernama) -- Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dan UEM Lestra Berhad (UEM Lestra) memeterai Perjanjian Kerjasama untuk melaksanakan projek hibrid solar fotovoltaik (PV) berkapasiti 1 gigawatt (GW) di Segamat, Johor.