1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah melancarkan garis panduan pengurusan bateri serta kenderaan elektrik (EVBM) untuk memastikan keselamatan awam, perlindungan alam sekitar dan kemampanan ekosistem EV Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Nilai jualan sektor Pembuatan berjumlah RM163.9 bilion pada Ogos 2024, menunjukkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 7.7 peratus berbanding penurunan 3.3 peratus pada bulan yang sama tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia meningkat 4.1 peratus pada Ogos 2024, didorong oleh pertumbuhan sederhana dalam sektor pembuatan, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Persatuan Gas Malaysia (MGA) menggesa kerajaan mengutamakan industri gas menerusi Belanjawan 2025 bagi memastikan berlakunya peralihan mampan Malaysia kepada ekonomi rendah karbon.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, Oct 11 (Bernama) -- Malaysia boleh meningkatkan pelaburan langsung asingnya (FDI) melalui Belanjawan 2025 dengan menawarkan insentif cukai yang berani, mempermudahkan peraturan dan menyokong sektor bersasar, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Foodpanda Malaysia berharap kerajaan akan mengekalkan pembiayaan berfokus kepada pekerja-pekerja gig dalam Belanjawan 2025 seperti yang diperuntukkan dalam belanjawan sebelum ini bagi membantu mereka berkembang maju.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) dan Majlis Penyelidikan Teknologi dan Saintifik Turkiye (TUBITAK) mempelawa institusi dan entiti swasta di kedua-dua negara memberikan cadangan mengenai kerjasama penyelidikan translasi dua hala dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) untuk 'Grand Challenge 3.0'.
1tahun ago
Daripada Rosmalis Anuar
VIENTIANE, 11 Okt (Bernama) -- Malaysia menyambut baik cadangan pelaburan berjumlah US$14.7 bilion (US$1=RM4.29) oleh syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) -- Google, Microsoft, Enovix Corporation, Amazon Web Services, Abbott Laboratories dan Boeing.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) percaya Belanjawan 2025 akan memberi tumpuan yang kukuh terhadap kerjasama serantau, khususnya dalam bidang kewangan, kerangkuman kewangan dan perdagangan rentas sempadan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Public Bank Bhd bercadang untuk mengambil alih 44.15 peratus daripada kepentingan ekuiti dalam LPI Capital Bhd untuk pertimbangan tunai berjumlah RM1.72 bilion atau RM9.80 sesaham.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Pengeluar sarung tangan getah Top Glove Corporation Bhd meminta kerajaan mengurangkan sehingga separuh kadar levi eksport produk itu dalam Belanjawan 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- AirAsia Group Bhd (AirAsia) diiktiraf oleh OAG Megahubs Index 2024 selaku penyumbang utama status Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai lapangan terbang paling terhubung atau hab mega bagi syarikat penerbangan tambang rendah (LCC) di peringkat global.