1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Penyedia penyelesaian peralatan sanitari bilik mandi dan dapur, Sorento Capital Bhd menyasar mengumpul RM57.4 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) dan merancang merekrut 200 pengedar baharu di seluruh Malaysia dalam tempoh tiga tahun akan datang.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Entiti milik kerajaan, yang “lazimnya dikecam” kerana lebih “mendapat keutamaan” berbanding penggiat persendirian, sebaliknya mempunyai tanggungjawab untuk “menarik penglibatan” pemain swasta dan pihak berkepentingan lain, kata Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd Datuk Amirul Feisal Wan Zahir.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Nihon M&A Centre Holdings menubuhkan anak syarikat pengurusan dana ASEAN to Global Capital (AtoG Capital) untuk menyokong pengembangan syarikat Jepun ke rantau Asia Tenggara.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan kerajaan tidak akan ambil mudah atau berpuas hati dengan pencapaiannya, sebaliknya akan terus berwaspada dalam menghadapi cabaran serantau dan global.
1tahun ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
VIENTIANE (LAOS), 7 Okt (Bernama) -- Malaysia akan memberi tumpuan untuk memperkukuh kerjasama ekonomi di ASEAN selain merangsang perdagangan dan pelaburan serantau pada Sidang Kemuncak ASEAN-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan yang bermula di Laos, esok.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Pelabur asing melepaskan pegangan ekuiti di Bursa Malaysia pada minggu lepas dengan nilai jualan bersih RM1.10 bilion, tertinggi dalam tempoh 18 minggu, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).
1tahun ago
PETALING JAYA, 6 Okt (Bernama) -- Walaupun Malaysia berada di kedudukan antara tiga hab perkhidmatan perniagaan global (GBS) terbaik dunia, didorong terutamanya oleh kelebihan dari segi kos, negara juga perlu memberi lebih penekanan kepada impak digital dan pembangunan bakat untuk mengekalkan kelebihan daya saingnya.
1tahun ago
KOTA KINABALU, 5 Okt (Bernama) -- Rakyat perlu memahami bahawa Malaysia adalah negara yang mengamalkan perdagangan terbuka dan terdedah kepada kesan daripada ketidaktentuan ekonomi dunia, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Industri teknologi dan telekomunikasi tempatan menyambut baik pelantikan Anuar Fariz Fadzil sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) yang baharu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Komitmen kerajaan MADANI untuk memerangi rasuah yang telah menjadi endemik memulihkan keyakinan pelabur domestik dan asing dengan ketara, sekali gus membawa kepada peningkatan pelaburan baharu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kerajaan MADANI akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dalam Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Dagangan berhati-hati dijangka berterusan di Bursa Malaysia minggu depan, didorong oleh prospek lemah terhadap ekonomi global berikutan ketegangan geopolitik yang meningkat di Timur Tengah.