Terdapat 587 berita berdasarkan kata kunci carian " jawatankuasa"

LTAT Akan Kurangkan Pegangan Aset Strategik Kepada 35 Peratus Di Bawah Projek Bumi

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) merancang untuk mengurangkan pegangan aset strategik daripada 56 peratus kepada 35 peratus di bawah 'Projek Bumi' dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk menurunkan pendedahan di samping mengekalkan kawalan.

Indeks Harga Pengeluar Catat Kenaikan Sederhana 0.3 Peratus Pada Februari 2025

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama)  -- Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) mencatatkan peningkatan tahun ke tahun 0.3 peratus pada Februari 2025, lebih perlahan berbanding kenaikan 0.8 peratus yang direkodkan pada Januari 2025, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dewan Negara Lulus RUU CCUS 2025

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Dewan Negara sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) 2025 hari ini bagi memberi peluang kepada pengembangan pelaburan serta ekonomi negara.

Inflasi Dijangka Meningkat Antara 2.0-3.5 Peratus Tetapi Kekal Terurus Tahun Ini - BNM

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Inflasi dijangka menunjukkan trend menaik antara dua peratus hingga 3.5 peratus tahun ini berbanding purata pada 1.8 peratus pada tahun 2024 tetapi akan kekal terkawal berikutan keadaan kos global yang semakin reda dan ketiadaan tekanan permintaan yang berlebihan.

BNM Pastikan Kestabilan Monetari Kekal Teguh Dalam Mendepani  Cabaran Global

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) kekal teguh dalam memastikan kestabilan harga dalam menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam jangka panjang.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Alami Pembetulan Jangka Pendek Minggu Depan

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mungkin mengalami pembetulan jangka pendek minggu depan kerana peniaga tertarik untuk mengunci keuntungan dalam keadaan harga yang mencatatkan paras tertinggi.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS berikutan sentimen yang lebih positif terhadap mata wang tempatan itu, kata seorang penganalisis.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Ringgit rendah berbanding dolar AS pada sesi pembukaan hari ini, selepas mencatatkan kenaikan baru-baru ini berikutan pasaran menilai pendirian terkini Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS), yang dilihat cenderung untuk menurunkan kadar faedah tetapi secara berhati-hati.

Affin Bank, MUFG Malaysia Memeterai MoU Perkongsian Strategik

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Affin Bank Bhd telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan MUFG Bank (Malaysia) Bhd untuk memupuk kerjasama perniagaan dan memacu peluang pertumbuhan bersama. 

Ringgit Tinggi Berbanding Dolar AS Selepas FOMC Cenderung Turunkan Kadar Faedah

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis selepas Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) AS cenderung kepada penurunan kadar faedah susulan inflasi.

Ringgit Naik 0.24 Peratus Berbanding Dolar AS

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu, naik 0.24 peratus kepada 4.4330/4400 daripada 4.4450/4490 pada Isnin lepas berikutan sentimen berhati-hati menjelang keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ekoran Kekurangan Pemangkin Belian

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pada Rabu dengan prestasi rendah secara keseluruhan terutamanya berikutan penjualan dalam sektor pembinaan dan perbankan, manakala saham penjagaan kesihatan merekodkan minat belian, kata penganalisis.