BERITA TERKINI   SME Bank sedia kira-kira RM3.6 bilion pembiayaan diluluskan bagi tahun kewangan 2024 | Nilai kerja pembinaan Malaysia capai RM158.8 bilion, catat pertumbuhan dua digit 20.2 peratus pada 2024 - DOSM | Pengeluaran minyak sawit mentah Januari 2025 susut 16.8 peratus kepada 1.24 juta tan daripada 1.49 juta tan pada Disember 2024 - MPOB | Eksport minyak sawit Malaysia pada Januari 2025 susut 12.94 peratus kepada 1.17 juta tan daripada 1.34 juta tan pada Disember 2024 - MPOB | KDN akan tambah baik modul latihan syarikat keselamatan dan polis bantuan sesuai dengan potensi ancaman semasa -- Saifuddin Nasution | 

Terdapat 427 berita berdasarkan kata kunci carian " kementerian"

Lawatan Negara Anwar Ke Pakistan Raih Potensi Perdagangan RM2.65 Bilion - Tengku Zafrul

ISLAMABAD, 4 Okt (Bernama) -- Lawatan negara tiga hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pakistan berjaya meraih potensi perdagangan bernilai RM2.65 bilion, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Politik Stabil, Dasar Kerajaan Tarik Minat Syarikat Global Melabur Di Malaysia - Gobind

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Kestabilan politik dan dasar kerajaan MADANI yang meyakinkan terbukti berjaya menarik syarikat-syarikat teknologi besar global untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mereka.

Kerjasama UPM-NXP Pacu Daya Saing Malaysia Dalam Pasaran Semikonduktor Global

SERDANG, 3 Okt (Bernama) -- Universiti Putra Malaysia (UPM) dan syarikat semikonduktor NXP Malaysia memeterai Memorandum Perjanjian (MOA) bagi menjalin kerjasama strategik untuk meningkatkan pertumbuhan industri semikonduktor dan elektronik Malaysia.

Penyertaan Malaysia Dalam BRICS Buka Akses Pasaran Baharu Kepada Johor Melalui JS-SEZ

ISKANDAR PUTERI, 3 Okt (Bernama) -- Penyertaan Malaysia dalam blok ekonomi BRICS akan membuka akses kepada pasaran baharu sekali gus meningkatkan pelaburan asing ke dalam negeri dan juga negara, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Kos Meningkat, Penggiat Industri Hotel Mahu Kerajaan Tangani Kadar Caj Rendah

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Kalangan penggiat Industri hotel negara menggesa kerajaan untuk menangani kadar caj bilik hotel yang disifatkan sebagai rendah dalam senario peningkatan kos operasi.

Propertyguru Sokong Skim Deposit Madani, Dorong Pemilikan Rumah Pembeli Kali Pertama

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- PropertyGuru Malaysia memberi sokongan sepenuhnya terhadap cadangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengenai skim Deposit MADANI dalam Belanjawan 2025 akan datang.

MARGMA Mohon Pengecualian Cukai Tingkatkan Penarafan ESG Sektor Sarung Tangan Getah

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) berharap kerajaan akan memberikan pengecualian cukai yang lebih baik dalam Belanjawan 2025 untuk meningkatkan penarafan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) sektor tersebut.

RMK13 Tumpu Usaha Rapat Jurang Sosioekonomi Ikut Negeri, Utamakan Kebajikan Rakyat

SHAH ALAM, 1 Okt (Bernama) -- Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan menumpukan usaha merapatkan jurang sosioekonomi dan pembangunan mengikut negeri serta wilayah secara bersama antara kerajaan negeri dan Persekutuan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Kerajaan Pertimbang Setiap Permohonan Bina Infrastruktur

BATU PAHAT, 1 Okt (Bernama) -- Kerajaan memberikan pertimbangan sewajarnya bagi setiap permohonan peruntukan untuk pembinaan infrastruktur, dalam perancangan dan pelaksanaan dasar belanjawan, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

MITI Lancar Laporan Kelestarian 2023, Pastikan Industri Peroleh Akses Pasaran Lestari

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan memastikan industri mendapat akses kepada pasaran lestari, serta mampu meningkatkan kecekapan pengurusan sumber, mengukuhkan tadbir urus dan mencapai sasaran sifar bersih negara.

KLSICCI Cadangkan Langkah Inklusif Untuk PMKS Tingkatkan Pertumbuhan Ekonomi

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) – Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Selangor dan Kuala Lumpur (KLSICCI) telah mengemukakan beberapa cadangan kepada Kementerian Kewangan untuk memajukan dan memperkasa perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) dalam Belanjawan 2025 sambil menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang inklusif selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI.

Gaji Rendah Antara Punca Simpanan KWSP Tidak Mencukupi - Pengerusi

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Struktur gaji rendah di Malaysia menjadi antara faktor utama yang menyebabkan jumlah simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak mencukupi.