2bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia yang berkembang sebanyak 5.2 peratus peratus pada suku ketiga 2025 meletakkan negara di landasan betul untuk mencapai paras tinggi sasaran pertumbuhan 2025 pada 4.0 hingga 4.8 peratus, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Pasaran getah dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan berikutan bermulanya musim Monsun Timur Laut, kata pakar industri Denis Low.
2bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatatkan pergerakan mendatar minggu depan apabila kalangan pelabur menunggu pusingan perkembangan dasar global yang baharu dan data ekonomi.
2bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi suku ketiga Malaysia membuktikan momentum domestik semakin mengukuh walaupun keadaan luaran kekal tidak menentu, kata seorang ahli ekonomi.
2bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri peningkatan semalam dengan ditutup rendah pada Jumaat, seiring kelemahan prestasi serantau susulan penurunan di Wall Street, akibat kebimbangan baharu terhadap penilaian tinggi saham teknologi serta ketidaktentuan hala tuju dasar Rizab Persekutuan AS (Fed).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) optimis Malaysia akan terus menerima aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang stabil pada 2026.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Perdagangan perkhidmatan Malaysia kembali mencatatkan lebihan selepas 56 suku tahun, menyokong lebihan akaun semasa pada suku ketiga 2025 berjumlah RM12.2 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.2 peratus pada suku ketiga 2025 berbanding 4.4 peratus pada suku kedua 2025, didorong oleh permintaan dalam negeri dan pertumbuhan eksport yang lebih tinggi, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, diseret turun oleh pengambilan untung dalam kaunter wajaran tinggi dalam persekitaran sentimen berhati-hati di pasaran serantau.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan langkah moratorium pengeksportan mentah unsur nadir bumi (REE) pada fasa jangka pendek bermula 2025 hingga 2027, sebagai sokongan kepada pembangunan industri di peringkat pertengahan.
2bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengalami sesi dagangan yang tidak menentu namun ditutup sedikit tinggi pada Khamis, meningkat semula daripada penurunan semalam, apabila disokong saham perbankan dan pengguna.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Genting Malaysia Bhd mengesahkan bahawa akan ada bayaran yang dikenakan untuk kenderaan yang memasuki Jalan Genting Highlands pada tarikh yang akan diumumkan kelak.