9bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Lawatan Presiden China Xi Jinping meningkatkan peranan Malaysia sebagai kuasa pertengahan, disepadukan dalam rantaian bekalan Amerika Syarikat (AS) dan China, dengan peluang untuk menyesuaikan tindakan ketika ketegangan perdagangan antara Washington dan Beijing terus meningkat.
9bulan ago
PUTRAJAYA, 17 April (Bernama) -- Malaysia dan China bersetuju untuk mempromosikan dan membangunkan ekonomi digital kedua-dua negara di samping memperkukuh kerjasama dalam teknologi kecerdasan buatan (AI).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Sebanyak 300 pemimpin digital Malaysia disasar untuk dilatih menjelang 2026 melalui Program Kecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE) iaitu inisiatif kerjasama antara Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
9bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Ringgit ditutup hampir tidak berubah berbanding dolar US hari ini kerana peniaga kekal berhati-hati menjelang rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Jepun pada Khamis ini, kata seorang penganalisis.
9bulan ago
PUTRAJAYA, 14 April (Bernama) -- Malaysia, sebagai antara kuasa besar dalam pasaran komoditi global dengan minyak sawit, getah, kayu, koko dan lada memacu ekonominya, menumpukan usaha melancarkan perdagangan untuk memupuk kepercayaan rakan dagang sekali gus mengukuhkan perdagangan dan pembangunan pasaran.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Malaysia kekal komited untuk terus menjalinkan kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dan China bagi melindungi kepentingan ekonomi berikutan ketegangan berkaitan tarif balas AS yang semakin meningkat menjelang lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping bermula esok.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Keadaan dan asas ekonomi Malaysia masih terkawal, kukuh dan stabil berikutan pelaksanaan tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS) terhadap Malaysia, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
9bulan ago
PUTRAJAYA, 14 April (Bernama) -- Malaysia akan mempelawa Thailand iaitu pengeluar minyak sawit ketiga terbesar dunia untuk menyertai Dialog Perdagangan Perhutanan, Pertanian dan Komoditi (FACT) pada masa hadapan, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Delegasi Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) bagi membincangkan tarif timbal balas Presiden Donald Trump, perlu mengetengahkan naratif kukuh seperti ekosistem perniagaan mantap dan peluang pelaburan strategik di negara ini, kata Dewan Perniagaan Amerika Malaysia (AmCham).
9bulan ago
KUALA LUMPUR 14 April (Bernama) -- Pasaran saham negara diyakini kukuh meskipun berdepan tekanan global susulan pengumuman tarif baharu Amerika Syarikat, kata Pengerusi Bursa Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar.
9bulan ago
Oleh Nurul Hanis Izmir
PUTRAJAYA, 13 April (Bernama) -- Malaysia bersedia untuk memegang peranan penting dalam memperkembangkan amalan perdagangan mampan dan inklusif apabila menjadi tuan rumah bersama Forum Perhutanan, Pertanian, Komoditi dan Perdagangan (FACT) 2025 buat kali pertama, dengan tumpuan utama kepada pekebun kecil dan pensijilan mampan.
9bulan ago
BUTTERWORTH, 12 April (Bernama) -- Malaysia akan menggunakan kekuatannya dan hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS), Eropah, China dan ASEAN untuk terus mencari jalan mengenai pelaksanaan tarif import timbal balas AS.