1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memansuhkan kadar faedah rata untuk mengira pembiayaan peribadi dilihat sebagai langkah penting ke arah menambah baik kesihatan kewangan isi rumah, kata seorang ahli ekonomi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (Exim Bank) dinobatkan sebagai Pemberi Pinjaman Terbaik 2024 pada anugerah Impact Awards 2024 baru-baru ini berikutan pembiayaan dan pandangan pelaburannya yang memfokuskan kepada kemampanan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Perbadanan Kewangan Antarabangsa (IFC) dan sebuah konsortium yang terdiri daripada enam institusi kewangan antarabangsa komited menyediakan lebih US$900 juta (US$1 = RM4.50) dalam pembiayaan kepada kampus pusat data hiperskala Yondr Group di Malaysia, menurut Kumpulan Bank Dunia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Malaysia terus menunjukkan kemajuan tahun ini dalam persekitaran yang mencabar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran dan anjakan pengawalseliaan, terutamanya dalam peralihan ke arah ekonomi yang mengutamakan digital.
1tahun ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Dagangan saham di Bursa Malaysia mengakhiri urus niaga minggu ini dengan lebih rendah pada Jumaat, diheret turun oleh tekanan jualan ketara dan menjejaki pasaran serantau susulan prestasi semalaman pasaran ekuiti global yang hambar, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah US$118.1 bilion (US$1=RM4.50) pada 13 Dis 2024, berbanding US$118.3 bilion pada 30 Nov, 2024.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Keuntungan bersih Aeon Credit Service (M) Bhd bagi suku ketiga tahun kewangan 2025 susut kepada RM62.07 juta daripada RM85.55 juta yang dicatatkan semasa suku sama tahun kewangan lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Pakar tenaga boleh baharu solar, Northern Solar Holdings Bhd (Northern Solar) berhasrat mengumpul sebanyak RM42.4 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) bersempena dengan penyenaraiannya di Pasar ACE Bursa Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Anak syarikat tidak langsung OSK Holdings Bhd, OSK Amanjaya Sdn Bhd memeterai perjanjian jual beli dengan Central Kedah Properties Sdn Bhd untuk membeli lima bidang tanah di Sungai Petani, Kedah bernilai RM72 juta.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$118.3 billion (US$1=RM4.41) pada 29 Nov, 2024 berbanding US$118.0 billion pada 15 Nov, 2024.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Aktiviti belian pada saat-saat akhir, terutama bagi saham-saham kewangan dan perladangan, memacu momentum Bursa Malaysia untuk mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih positif, sekali gus menamatkan penyusutan dalam sesi awal.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Deleum Bhd (Deleum), Deleum Services Sdn Bhd hari ini menandatangani perjanjian pembelian saham bagi mengambil alih 70 peratus kepentingan dalam PT OSA Industries Indonesia Pte Ltd (PT OSA) pada harga US$7 juta (RM31.3 juta).