1bulan ago
JOHOR BAHRU, 10 Dis (Bernama) -- Stesen radar di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai akan dipertingkatkan dengan sistem radar RSM NG Thales untuk mengukuhkan pengawasan lalu lintas udara selain memastikan tahap keselamatan dan kecekapan operasi tertinggi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) mengukuhkan peranannya sebagai pemudah cara teknologi mendalam negara dengan perasmian Aeromart Summit Kuala Lumpur (ASKL) 2025 di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE (MECC).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Chin Hin Group Bhd melupuskan 44.12 juta saham biasa dalam anak syarikatnya, Signature International Bhd (SIB) pada harga purata RM1.36 sesaham dengan jumlah pertimbangan kira-kira RM59.99 juta.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Stok minyak sawit Malaysia diunjur meningkat 3.0 peratus bulan ke bulan kepada 2.93 juta tan pada Disember 2025, ketika kenaikan sederhana eksport pada 2.0 peratus bulan ke bulan adalah tidak memadai bagi mengimbangi unjuran pengeluaran, kata CIMB Securities Sdn Bhd.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Kerajaan yakin pertumbuhan ekonomi negara mampu mencapai paras ambang tertinggi yang disasarkan iaitu 4.8 peratus pada 2025, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Rusia berusaha mempertingkatkan kerjasama perdagangan dan ekonomi dengan Malaysia terutamanya dalam sektor elektronik dan semikonduktor yang dianggap penting secara strategik oleh Moscow berikutan perubahan rantaian bekalan global.
1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menjelang keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS (FOMC) mengenai kadar faedahnya lewat malam ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Gamuda Bhd mencatat peningkatan lima peratus dalam pendapatannya kepada RM215 juta bagi suku pertama berakhir 31 Okt, 2025 (S1 TK2026) daripada RM205 juta pada tahun lalu, terutamanya didorong oleh sumbangan yang kukuh daripada projek pembinaan domestik.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Eco World Development Group Bhd (EcoWorld) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM438.07 juta untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Oktober 2025 berbanding RM303.54 juta yang disaksikan dalam tahun sebelumnya.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Sumisaujana Group Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, SumiSaujana TCM Chemicals Sdn Bhd (SSTCM) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Zangjiagang CoolisT Life Technology Co Ltd (CoolisT Group).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan dan negeri perlu mencari cara baharu untuk bekerjasama bagi membangunkan elemen industri tenaga nadir bumi (REE) yang lebih berstruktur, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong hari ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengumumkan indeks harga seunit besi menunjukkan penurunan pada November 2025 iaitu antara -0.1 sehingga -3.2 peratus berbanding bulan lepas.