1bulan ago
LAS VEGAS, 3 Dis (Bernama) -- 123RF, platform kandungan stok media yang berpangkalan di Malaysia, hari ini melancarkan ciri pemahaman video kecerdasan buatan (AI) generatif di Amazon Web Services (AWS), yang direka untuk meningkatkan carian video bagi pengguna di seluruh dunia.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Kerjasama yang lebih erat dalam kalangan komuniti perniagaan Muslim global diperlukan bagi memperkasakan keupayaan ekonomi kolektif Islam serta melonjakkan kedudukan umat Islam sebagai pemain utama pasaran, kata Presiden Forum Perniagaan Muslim Global (GMBF) Datuk Seri Mohamed Iqbal Rawther.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) rendah dalam dagangan awal pada Isnin.
1bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Sektor insurans am Malaysia mengakhiri 2025 dengan daya tahan yang kukuh namun masih mempunyai kelemahan asas.
1bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Industri telekomunikasi mencatat prestasi yang berdaya tahan pada 2025 walaupun beroperasi dalam persekitaran mendatar -- paparan pasaran matang yang konsisten dengan trend global.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 7 Dis (Bernama) -- Malaysia akan terus mempergiat usaha menembusi pasaran baharu untuk meningkatkan perdagangan, sekali gus memperkukuh kedudukan sebagai negara dagang yang berdaya saing.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Pengeluar tempatan minuman “kombucha” atau soda semula jadi menerusi fermentasi teh, WonderBrew menyasar untuk menggandakan pengeluaran pada 2026 memandangkan jenama itu telah meningkatkan inovasi dan merangka strategi memperluas jejaknya di Asia Tenggara.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 7 Dis (Bernama) -- Malaysia menyasarkan pengurangan kos pematuhan sehingga satu peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), selaras piawaian antarabangsa termasuk OECD, sebagai sebahagian agenda reformasi perkhidmatan awam dan pemodenan penyampaian kerajaan, kata Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Datuk Zahid Ismail.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Sektor maritim Malaysia sedang “berlayar” menuju ke penamat 2025 dalam keadaan yang “berombak”, dengan subsektor seperti pelabuhan melakarkan prestasi paling cemerlang didorong oleh peluasan rangkaian pemindahan ke kapal melalui kerjasama rakan antarabangsa.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Sektor perbankan Malaysia mengakhiri tahun 2025 dengan kedudukan yang lebih baik, mencatatkan pertumbuhan pinjaman yang kukuh, kualiti aset yang stabil dan keuntungan yang mampan walaupun tahun ini diselubungi ketegangan perdagangan global manakala prospek untuk tahun depan kekal stabil dalam portfolio yang pelbagai.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 6 Dis (Bernama) -- Bank Dunia memuji Malaysia atas kemajuan kukuh dalam mengurangkan kemiskinan terutama melibatkan miskin tegar namun, pernambahbaikan dari segi hasil pendidikan dan kesihatan juga penting untuk menyokong pertumbuhan yang inklusif dan adil.
1bulan ago
KUCHING, 6 Dis (Bernama) -- Syarikat penerbangan milik Sarawak, AirBorneo, akan mengendalikan pesawat jet mulai Julai 2026 sebagai sebahagian perancangan negeri untuk mengukuhkan rangkaian hubungan udara, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.