2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Petronas, Petronas CCS Ventures Sdn Bhd (PCCSV) menerima permit penilaian luar pesisir bagi pemerangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) di kawasan Duyong oleh agensi pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon Malaysia, MyCCUS.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Oriental Holdings Bhd (OHB) dan anak syarikatnya (secara kolektif dikenali sebagai OHB Group) berhasrat untuk membeli Bayview Beach Resort Penang, Bayview Hotel Georgetown dan Bayview Hotel Langkawi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Walaupun 56 peratus daripada natif kecerdasan buatan (AI) di Malaysia percaya bahawa chatbot memberikan respons paling cepat -- tertinggi di Asia Pasifik tetapi 83 peratus masih memilih untuk bercakap dengan wakil pekerja apabila interaksi didapati tidak lancar, menurut Zoom.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berada pada US$123.8 bilion setakat 31 Oktober 2025 berbanding US$123.4 bilion yang dicatatkan semasa 15 Oktober 2025.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) — Jualan sektor pembuatan mencecah RM500.1 bilion pada suku ketiga 2025, menunjukkan pertumbuhan 3.5 peratus (S2 2025: 3.4 peratus), menurut Perangkaan Pembuatan Bulanan, Malaysia bagi September 2025
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pengeluaran dua duit syiling peringatan edisi terhad sempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 (ASEAN25) dan sambutan ulang tahun ke-75 Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM75).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) — Indeks pengeluaran perindustrian (IPP) Malaysia merekodkan pertumbuhan 5.7 peratus pada September 2025 selepas mencatatkan pertumbuhan 4.8 peratus pada bulan sebelumnya, dipacu sektor pembuatan dan perlombongan, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia (EXIM Bank) telah bertukar dua memorandum persefahaman (MoU) dengan PT Resources Holdings Bhd (PTRB) dan China Export & Credit Insurance Corporation (SINOSURE) semasa Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Shanghai 2025.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- PT Resources Holdings Bhd (PTRB) dan Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) merancang untuk meneroka kerjasama dalam pembiayaan perdagangan, fasilitasi eksport serta sokongan strategik bagi pengembangan PTRB di China termasuk operasi pemprosesan kelapa di Fuqing City, wilayah Fujian.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd berjaya melaksanakan terbitan sulung Sukuk Wakalah Merdeka Lestari di bawah Program Sukuk Wakalah Merdeka sehingga RM6 bilion nilai nominal sebagai sebahagian daripada strategi kepelbagaian pembiayaannya.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah mengumumkan enam syarikat yang dipilih untuk inisiatif kohort pertama Entiti Perniagaan ASEAN Malaysia (MyABE).
2bulan ago
Daripada Mohd Hisham Abdul Rafar
SHANGHAI, 6 Nov (Bernama) -- Kehadiran Malaysia melalui penyertaan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) amat membanggakan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.