9bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) harus terus meningkatkan keupayaannya untuk menambah baik dari segi keselamatan dan kapasiti, memastikan ia dapat menghadapi cabaran serantau dan global yang muncul.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Malaysia mencapai 43 peratus daripada keseluruhan 248 petunjuk terkini Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) jauh mengatasi purata dunia pada 17 peratus, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Malaysia yang akan menjadi Pengerusi ASEAN menjelang tahun hadapan akan membuka peluang yang sangat baik kepada negara untuk mengembang serta mengukuhkan hubungan perdagangan, bukan sahaja dengan anggota ASEAN tetapi dengan negara-negara ASEAN Plus, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Kemajuan negara dalam menuju Agenda Pembangunan Mampan 2030 perlu disemak seiring dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib.
9bulan ago
Oleh V. Sankara
KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- India yakin bahawa Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) yang baharu dipertingkatkan dengan Malaysia akan mendorong perdagangan dua hala ke tahap yang lebih tinggi dengan sasaran US$25 bilion menjelang 2026, kata Menteri Hal Ehwal Luar India, Kirti Vardhan Singh.
9bulan ago
GEORGE TOWN, 14 Sept (Bernama) -- Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) membantu merealisasikan perjanjian usaha sama antara Yenher Holdings Bhd (Yenher) dan syarikat bioteknologi perintis dari Denmark Fermentationexperts A/S (FE) untuk membentuk YH European Protein Asia Sdn Bhd (YHEPA).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Perbena Emas Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Pansar Bhd memperoleh projek berkaitan Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) Fasa 2 iaitu Pakej 4A (RH Aling ke Bukit Pagon) bernilai RM777.11 juta.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Peningkatan risiko berkaitan iklim menimbulkan ancaman yang semakin meningkat terhadap institusi kewangan, terutamanya bank-bank kerana mereka terdedah kepada kelemahan merentasi pelbagai wilayah dan sektor.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Blackmores (Malaysia) Sdn Bhd, jenama terkemuka dalam sektor kesihatan semula jadi di peringkat global melakar sejarah tersendiri apabila diiktiraf sebagai jenama Platinum dalam Anugerah Trusted Brands 2024.