Terdapat 1142 berita berdasarkan kata kunci carian " kenaikan"

Sektor Perkhidmatan Malaysia Meningkat Enam 6 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Sektor perkhidmatan Malaysia meningkat sebanyak 6.0 peratus dari tahun ke tahun pada suku pertama 2025 sehingga mencapai pendapatan RM630 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Penurunan 100 Mata Asas SRR Oleh BNM Beri Ruang Nilai Kesan Tarif AS

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Penurunan 100 mata asas dalam nisbah Keperluan Rizab Berkanun (SRR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis lepas memberi sedikit ruang kepada Jawatankuasa Dasar Monetari menilai kesan tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap eksport, kata Moody’s Analytics.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan pasaran global menyaksikan dorongan yang tinggi terhadap aset berisiko susulan rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang optimis.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan minggu ini dengan sentimen positif hari ini, sejajar dengan kenaikan di Wall Street selepas Amerika Syarikat (AS) dan China bersetuju untuk menghentikan sementara pertikaian perdagangan mereka selama 90 hari.

Sektor Maritim Tidak Kalis Perang Tarif, Syarikat Kecil Terjejas

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Sektor maritim Malaysia termasuk pelabuhan, tidak kalis terhadap impak dari perang tarif, yang berpotensi menjejaskan banyak syarikat kecil jika kos kargo perkapalan melonjak.

Bursa Malaysia Diunjur Kekalkan Momentum Positif Minggu Depan

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mengekalkan momentum positif minggu depan, didorong oleh sentimen pelabur yang lebih baik dan prospek pasaran global yang optimis, kata peniaga.

Pulau Pinang Terus Menyinar Sebagai Hab Pembuatan Emas Malaysia

GEORGE TOWN, 9 Mei (Bernama) -- Pulau Pinang terus berfungsi sebagai nadi sektor pembuatan emas Malaysia, menyumbang kira-kira 80 peratus daripada jumlah output pengeluaran negara.

Pasaran Getah Malaysia Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat menjelang rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China serta didorong kenaikan harga minyak mentah, kata peniaga.

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan semalam untuk dibuka tinggi, didorong oleh minat belian baharu dalam saham wajaran tinggi terpilih yang sejajar dengan momentum positif di pasaran serantau, kata penganalisis.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri kenaikan tiga hari berturut-turut untuk ditutup lebih rendah pada Khamis, menjejaki penurunan emas di Bursa Komoditi New York (COMEX), kata penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih rendah hari ini susulan aktiviti pengambilan untung dalam kaunter perkhidmatan kewangan terpilih di tengah-tengah sentimen berhati-hati dalam pasaran serantau, kata seorang penganalisis.

Pasaran Getah Malaysia Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup sedikit tinggi hari ini, disokong oleh kenaikan dalam harga minyak mentah, kata peniaga.