BERITA TERKINI   Mayat Hud Aryan ditemukan tersangkut pada pokok berhampiran tebing sungai di Tanah Merah, petang tadi - Bomba | Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024 | Banjir: Empat PPS dibuka di Telupid, mangsa dalam proses pemindahan petang ini - JPBN Sabah | Maybank yakin Malaysia boleh catat pertumbuhan ekonomi yang baik -- presiden Maybank | Majlis Media Malaysia berfungsi hasilkan kod etika, standard kewartawanan dan kawal selia industri media - Teo   | 

Terdapat 418 berita berdasarkan kata kunci carian " perdana menteri"

Kerajaan Pertimbang Setiap Permohonan Bina Infrastruktur

BATU PAHAT, 1 Okt (Bernama) -- Kerajaan memberikan pertimbangan sewajarnya bagi setiap permohonan peruntukan untuk pembinaan infrastruktur, dalam perancangan dan pelaksanaan dasar belanjawan, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

KLSICCI Cadangkan Langkah Inklusif Untuk PMKS Tingkatkan Pertumbuhan Ekonomi

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) – Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Selangor dan Kuala Lumpur (KLSICCI) telah mengemukakan beberapa cadangan kepada Kementerian Kewangan untuk memajukan dan memperkasa perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) dalam Belanjawan 2025 sambil menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang inklusif selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI.

Pusat Data Google Malaysia Jadi Penanda Aras Kecekapan Penggunaan Tenaga, Air

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Pusat data Google di Malaysia yang baharu akan menjadi penanda aras korporat bagi penggunaan tenaga dan air secara cekap, seiring dengan amalan terbaik ekonomi kitaran negara.

Malaysia Sasar Lengkapkan Pelan Tindakan Teknologi AI Dalam 12 Bulan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk melengkapkan Pelan Tindakan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam tempoh 12 bulan akan datang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PM Anwar Hadiri Majlis Pecah Tanah Pusat Data Google Bernilai US$2 Bilion

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri majlis pecah tanah pusat data dan rantau awan Google bernilai US$2 bilion (US$1 = RM4.12) di Malaysia yang diadakan pada acara “Mantap Malaysia Bersama AI” yang julung kali diadakan.

Kajian Semula Kumpulan Cukai Pendapatan Dialu-alukan Dalam Belanjawan 2025 - PwC Malaysia

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- PwC Malaysia percaya kajian semula kumpulan cukai pendapatan peribadi untuk kumpulan berpendapatan sederhana dalam Belanjawan 2025 akan menjadi langkah yang dialu-alukan berikutan dengan kebimbangan meningkatnya kos sara hidup rakyat.

Kerajaan Masih Tanggung Perbelanjaan Subsidi Diesel - Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Kerajaan masih lagi menanggung perbelanjaan pemberian subsidi diesel pada masa ini kepada sektor-sektor yang layak, menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Ketika Prestasi Suram Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penyusutan minggu lepas apabila ditutup lebih rendah pada Isnin, sebahagian besarnya mencerminkan trend aliran serantau yang negatif, dengan saham kewangan mendahului penurunan.

Lonjakan Nilai Ringgit Suntik Rasa Bangga Rakyat Malaysia

Oleh Wong Chun Wai

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ternyata memberi impak yang besar terhadap keyakinan negara, sekali gus menyuntik rasa bangga dalam kalangan rakyat.

Malaysia Komited Realisasikan Inisiatif Grid Kuasa ASEAN Tahun Hadapan – Fadillah

Daripada Norsyafawati Ab Wahab

VIENTIANE (LAOS), 28 Sept (Bernama) -- Malaysia yang akan menjadi tuan rumah ASEAN pada 2025 komited untuk memastikan inisiatif strategik Grid Kuasa ASEAN (APG) dapat dimeterai tahun depan bagi manfaat serantau.

China, Jepun, Korea Setuju Salur Kepakaran Perkasa Pembangunan Tenaga Di ASEAN - Fadillah

VIENTIANE (LAOS), 27 Sept (Bernama) -- China, Jepun dan Korea Selatan bersetuju untuk menyalurkan kepakaran teknikal kepada ASEAN bagi memperkasa pembangunan sektor tenaga boleh baharu (TBB) dan tenaga bersih.

Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia Mahu Pastikan Pertumbuhan Kukuh Ekonomi Digital

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Malaysia akan memastikan pertumbuhan ekonomi digital yang pesat di seluruh 10 negara anggota ASEAN apabila negara ini mengambil alih jawatan pengerusi tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.