BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Negeri Sembilan 0-1 Selangor | 

Terdapat 1489 berita berdasarkan kata kunci carian "ibr"

ASEAN Tingkat Kerjasama Perkukuh Pertumbuhan Ditengah-Tengah Ketidaktentuan Global

Oleh Siti Radziah Hamzah

   KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) komited untuk terus meningkatkan kerjasama bagi mengukuhkan daya tahan serantau di tengah-tengah peningkatan perlindungan perdagangan, halangan bukan tarif dan rantaian bekalan yang rapuh ketika ini.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh K.Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi hari ini, disokong oleh peningkatan prestasi niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Malaysia Raih Pujian AS Selaku Pengerusi ASEAN 2025

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) Jamieson Greer memuji kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.

Kerajaan, Swasta Digesa Bekerjasama Rapat Dalam Infrastruktur Rel Mampan

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Kerajaan perlu bekerjasama rapat dengan sektor swasta dalam menggubal dasar serta kawal selia yang boleh memudahkan serta mempercepat pelaksanaan projek terutama infrastruktur rel untuk memastikan kemampanan jangka masa panjang, kata kalangan peserta industri.

Sidang Kemuncak RCEP Platform Untuk Malaysia Pertahan Perdagangan Bebas - Pakar

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Sidang Kemuncak Mesyuarat Pemimpin Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dianjurkan Malaysia buat pertama kali pada Oktober depan dilihat sebagai peluang tepat pada masanya untuk Putrajaya memperkukuh kes bagi perdagangan bebas ketika dasar perlindungan semakin meningkat, kata pakar ekonomi.

Rundingan AEM, Wakil Perdagangan AS Jamieson Greer Jadi Tumpuan Hari Ini

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Tumpuan hari ketiga Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 hari ini, bakal terarah kepada sesi perundingan antara kalangan menteri perkumpulan itu dengan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) Jamieson Greer.

Kerjasama China-ASEANs Jana Jumlah Perdagangan Cecah US$1 Trilion

Daripada Rohani Mohd Ibrahim

BEIJING, 23 Sept  (Bernama) -- Kerjasama yang bersifat praktikal dalam pelbagai sektor antara China dan negara-negara ASEAN membuahkan hasil apabila jumlah perdagangan mencecah kira-kira US$1 trilion pada 2024, menurut jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun.

Kerajaan Madani Peruntuk RM11 Bilion Laksana BUDI95, Lindungi Kesejahteraan Rakyat - MoF

PUTRAJAYA, 23 Sept (Bernama) — Kerajaan MADANI memperuntukkan sekitar RM11 bilion untuk menampung perbezaan antara harga bersubsidi RM1.99 seliter dan harga pam tanpa subsidi sekitar RM2.60 seliter di bawah inisiatif subsidi petrol BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bagi melindungi kesejahteraan rakyat.

Malaysia Berada Di Landasan Capai Sasaran Defisit Susulan Penjimatan Subsidi BUDI95 Hingga RM4 Bilion

SHAH ALAM, 23 Sept (Bernama) -- Malaysia berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran defisit belanjawan tahun ini sebanyak 3.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berikutan pelaksanaan program subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Larangan Kenderaan Asing Beli RON95 Kekal Walaupun Diapungkan - Amir Hamzah

GEORGE TOWN, 23 Sept (Bernama) -- Kerajaan hari ini menegaskan larangan bagi kenderaan nombor pendaftaran asing untuk membeli petrol RON95 masih kekal walaupun bahan api itu akan diapungkan untuk golongan bukan layak bagi subsidi itu.

Subsidi RON95 Sokong Automotif Dalam Jangka Pendek, Kekalkan Kemampuan Bahan Api – CIMB

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd mengunjurkan mekanisme subsidi RON95 yang baharu akan menyediakan sokongan jangka pendek untuk industri automotif.

Bursa Malaysia Dibuka Naik 3.65 Mata, Jejak Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih tinggi, menjejaki kenaikan di Wall Street selepas Nvidia Corp mengumumkan kerjasama dengan OpenAI dengan komitmen pelaburan US$100 bilion.