Terdapat 400 berita berdasarkan kata kunci carian " dasar monetari"

Ringgit Dijangka Cenderung Naik Berterusan Berbanding Dolar AS Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Ringgit dijangka cenderung untuk menaik berterusan pada minggu depan, diniagakan pada 4.1875 hingga 4.2025 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Kadar Faedah AS, Pembaharuan Struktur Dan Prospek Ekonomi Malaysia Pacu Ringgit - BNM

Oleh Vijian Paramasivam

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar faedah memberi impak besar terhadap ringgit Malaysia, terutama dari segi anjakan dinamik mata wang di serata rantau ini.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini sejajar dengan pasaran serantau berikutan sentimen belian yang lebih baik selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengumumkan penurunan kadar faedah sebanyak setengah mata peratusan.

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS berikutan kekurangan minat belian walaupun terdapat keputusan penurunan kadar faedah sebanyak 50 mata asas oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).