Terdapat 495 berita berdasarkan kata kunci carian " nota penyelidikan"

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini, didorong oleh belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaran aktiviti memperelokkan akaun.

Kos Elektrik, Inisiatif Tenaga Hijau Dorong Penerimagunaan Solar Pada 2025

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Peningkatan kos elektrik dan keperluan syarikat untuk melaporkan inisiatif penjimatan tenaga dijangka mempercepat penerimagunaan solar pada 2025,  kata Kenanga Investment Bank Bhd.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, menjejaki prestasi Wall Street yang lemah pada Jumaat lepas.

Peningkatan Opex Di Bawah RP4 Dapat Sokong Operasi, Selenggara TNB - RHB IB

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) positif terhadap pengumuman Tenaga Nasional Bhd (TNB) berkaitan Tempoh Kawal Selia 4 (RP4), berikutan peningkatan perbelanjaan operasi (opex) itu dapat menyokong perancangan, pelaksanaan aktiviti operasi dan penyelenggaraan semua infrastruktur syarikat berkenaan.

Jumlah Jualan Kenderaan Baharu Dijangka Turun Kepada 755,000 Unit Pada 2025 - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV) untuk jualan kenderaan baharu dijangka turun sebanyak empat peratus tahun ke tahun kepada 755,000 unit pada 2025 berbanding 790,000 unit pada 2024, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia bercampur-campur semasa mengakhiri sesi pagi ini, menjejaki prestasi bursa serantau dengan petunjuk positif daripada Wall Street minggu lepas.

HLIB Unjur Inflasi Meningkat Pada 2025

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank (HLIB) mengunjurkan inflasi meningkat pada 2025, dipacu oleh pembaharuan dasar domestik seperti rasionalisasi subsidi bahan api RON95 dan skop cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperluaskan.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Seiring Prestasi Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada dagangan tengah hari Khamis dan menjejaki pasaran serantau susulan prestasi semalaman Wall Street yang susut.

Sektor OSV Kekal Positif Susulan Bekalan Terhad - Kenanga

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Sektor kapal sokongan luar persisir (OSV) khususnya segmen kapal tongkang kerja penginapan (AWB), dijangka kekal positif berikutan bekalan kapal yang terhad akibat kurang pelaburan selama bertahun-tahun, kata Kenanga Investment Bank Bhd.

BMI Mengunjurkan Permintaan Gas Asli Global Meningkat Dalam Tempoh Terdekat

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions mengunjurkan penggunaan gas asli global akan meningkat dalam tempoh terdekat apabila musim sejuk Hemisfera Utara melanda, disokong oleh permintaan kukuh untuk gas asli cecair (LNG) merentas semua pasaran.

Bursa Malaysia Rendah Semasa Akhir Sesi Dagangan Pagi Berikutan Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi rendah pada Jumaat berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam saham wajaran tinggi, didahului oleh produk dan perkhidmatan perindustrian serta sektor perkhidmatan kewangan.

BMI Semak Turun Harga Purata Minyak Mentah Brent 2025 Pada US$76 Setong

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- BMI yang juga unit Fitch Solutions, menyemak turun harga purata tahunan minyak mentah Brent pada US$76 setong bagi 2025 daripada US$78 setong, sebelum ini.