1tahun ago
KUCHING, 29 Nov (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) menyasarkan pendapatan eksport daripada industri perkayuan dan buluh di Sarawak sebanyak RM8 bilion setahun menjelang 2030, kata Pengurus Besarnya Zainal Abidin Abdullah.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengatasi sebahagian besar penyusutan awalnya pada tengah hari, dipacu terutamanya oleh saham-saham Public Bank dan Axiata.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank menawarkan penangguhan pembayaran sehingga enam bulan untuk kemudahan pinjaman dan pembiayaan, termasuk kad kredit bagi pelanggan yang terjejas akibat banjir.
1tahun ago
Oleh M. Saraswathi
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR), satu transformasi berani bagi sektor tenaga Malaysia, merupakan rangka kerja digunapakai pihak pengawal selia bagi menentukan kos serta pemulihan bagi bekalan dan perkhidmatan tenaga elektrik.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Capital A Bhd bagi tempoh suku ketiga tahun kewangan berakhir pada 30 Sept, 2024, melonjak ketara dengan mencecah RM1.64 bilion berbanding kerugian bersih sebanyak RM102.75 juta, setahun lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd (Alliance Bank) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM189.91 juta pada suku kedua tahun kewangan berakhir Mac 2025 berbanding RM185.33 juta bagi suku sama tahun lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Hong Leong Bank Bhd meningkat 5.8 peratus kepada RM1.09 bilion pada suku pertama berakhir 30 Sept, 2024 (S1 TK2025) daripada RM1.03 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menjangkakan prospek perniagaan bagi tempoh suku keempat 2024 kekal positif dengan Indeks Keyakinan Perniagaan (BCI) mencecah hampir 105 mata.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Keuntungan operasi IOI Corp Bhd kekal stabil sewaktu ketidaktentuan dalam subsegmen hiliran, dipacu oleh kos pengeluaran yang rendah dalam kalangan syarikat pesaingnya iaitu sekitar RM2,300 hingga RM2,600 setiap tan, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF Amanah).
1tahun ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa, menjejaki pasaran minyak kacang soya yang lebih kukuh di Chicago Board of Trade (CBOT), kata seorang peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia berkata peralihan ke arah ekonomi hijau, di samping mengatasi cabaran perubahan iklim membawa kepada peningkatan kos, atau 'greenflation', yang menjejaskan kalangan perniagaan dan pengguna dengan ketara.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM210.37 juta pada suku ketiga yang berakhir pada 30 Sept, 2024 berbanding RM94.76 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.