Terdapat 412 berita berdasarkan kata kunci carian " tinjauan"

Skim Tanaman Semula Sawit Cecah RM45 Juta, Meliputi 6,724 Hektar - MPOB

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0 (TSPKS 2.0) yang diperkenalkan oleh kerajaan pada awal tahun ini, menerima sejumlah 2,384 permohonan yang meliputi kawasan seluas 6,723.88 hektar setakat ini.

Bursa Malaysia Dijangka Stabil Minggu Depan Susulan Pengukuhan Ekuiti Global

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka stabil dalam jajaran 1,630-1,670 minggu depan, menawarkan peluang pengumpulan saham dan potensi peningkatan seterusnya susulan sentimen yang bertambah baik. 

Ringgit Diunjur Terus Mengukuh, Diniagakan Sekitar 4.28-4.29 Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Momentum pengukuhan nilai ringgit dijangka berterusan pada minggu depan, diniagakan pada 4.28-4.29 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (Fed) pada 17-18 September ini.

Blackmores Rai Kemenangan Ke-10 Anugerah Trusted Brands 2024

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Blackmores (Malaysia) Sdn Bhd, jenama terkemuka dalam sektor kesihatan semula jadi di peringkat global melakar sejarah tersendiri apabila diiktiraf sebagai jenama Platinum dalam Anugerah Trusted Brands 2024.