Terdapat 1910 berita berdasarkan kata kunci carian " antarabangsa"

EU CERC Teroka Kerjasama Dengan Malaysia Percepat Peralihan Ekonomi Kitaran

Daripada Zufazlin Baharuddin

HELSINKI, 8 Okt (Bernama) -- Pusat Sumber Ekonomi Kitaran Kesatuan Eropah (EU CERC) sedang meneroka potensi Malaysia sebagai rakan kongsi strategik dalam menggalakkan usaha peralihan kepada ekonomi kitaran di Asia Tenggara.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Lain

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain ketika dibuka pada Rabu, didorong sentimen positif menjelang pembentangan belanjawan 2026 Malaysia pada Jumaat ini.

CIDB, Turner & Townsend Tumpu Topik Aliran Pembinaan Pada ICTC 2025

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menjalinkan kerjasama dengan Turner & Townsend untuk tahun kedua berturut-turut dalam usaha memberikan pandangan yang tepat dan kritikal kepada industri menerusi penganjuran Persidangan Transformasi Pembinaan Antarabangsa (ICTC) 2025.

FIM 2026 Buka Peluang Lebih Luas Perniagaan Francais, Sasar 30,000 Pengunjung

KUALA LUMPUR, 7 Okt -- Pameran Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) yang dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 23 Mei tahun depan dijangka menarik lebih banyak penyertaan syarikat francais dari dalam dan luar negara, sekali gus memperkukuh daya saing usahawan tempatan.

Rizab Antarabangsa BNM Meningkat Kepada US$123.6 Bln Pada 30 Sept

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$123.6 bilion pada 30 Sept, 2025 daripada US$122.7 billion pada 29 Ogos, 2025.

Kerajaan Sasar Peluang Eksport Bernilai RM150 Juta Di Persidangan Level Up KL 2025 - Gobind

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kerajaan, melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), menyasarkan peluang eksport bernilai RM150 juta daripada persidangan pembangun permainan utama Asia Tenggara, LEVEL UP KL 2025.

WE2025 Umum Berjaya Food Sebagai Penaja Korporat

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Berjaya Food Bhd (BFood) diumumkan sebagai penaja korporat bagi Persidangan Kepimpinan WE2025: Future in Motion, yang akan diadakan pada 25-26 Nov, 2025 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Pelihara Ekosistem Marin Malaysia Mampu Pertahan Ekonomi Negara

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Melindungi ekosistem marin Malaysia bukan sahaja suatu keperluan alam sekitar tetapi juga satu bentuk insurans ekonomi yang menyokong infrastruktur industri perikanan, pelancongan dan pesisir pantai, kata seorang ahli pemuliharaan.

Malaysia Akan Manfaatkan Amalan Ekonomi Kitaran Finland

Daripada Zufazlin Baharuddin

HELSINKI, 7 Okt (Bernama) -- Malaysia mahu memanfaatkan amalan ekonomi kitaran termaju yang dimiliki Finland dalam pengurusan sisa, infrastruktur hijau dan reka bentuk produk mampan, kata Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia di sini, Al-Fadil Adam.

Belanjawan 2026 Diharap Perkukuh Infrastruktur Pengurusan Sisa Di Pelabuhan

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kerajaan digesa memperuntukkan dana bagi membangunkan dan menaik taraf kemudahan penerimaan pelabuhan (PRF) untuk meningkatkan pematuhan alam sekitar di bawah Belanjawan 2026, kata Hexagon Synergy Group.

Malaysia Terus Perjuang Perdagangan Adil Dan Terbuka, Perkukuh Kerjasama Global - Anwar

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Malaysia akan terus memperjuangkan perdagangan terbuka dan adil serta mengukuh kerjasama antarabangsa melalui penglibatan dalam pelbagai platform, termasuk Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), ASEAN dan BRICS.

Bioeconomy Corporation, Polaris Bio Meterai RM700 Juta Pelaburan Projek Biogas-POME

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Bioekonomi Malaysia (Bioeconomy Corporation) dan Polaris Bio Co Ltd memeterai pelaburan sebanyak RM700 juta bagi membangunkan kemudahan penaiktarafan biogas berasaskan efluen kilang minyak sawit (POME) di Malaysia.