7bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) mencatatkan keuntungan bersih RM126.27 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025, turun 3.53 peratus daripada RM130.73 juta yang direkodkan pada suku sama tahun kewangan 2024.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Aset rizab antarabangsa Malaysia berjumlah US$118.70 bilion (AS$1 = RM4.21) setakat akhir April 2025, manakala aset mata wang asing lain pula bernilai US$1.75 bilion, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Cement Industries of Malaysia Bhd (CIMA) memperuntukkan RM590,000 bagi pelaksanaan kajian untuk membangunkan penyelesaian konkrit marin mesra alam sekitar.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Malaysia melihat Afrika sebagai benua masa depan, rakan strategik serta pusat pertumbuhan global dan inspirasi yang semakin meningkat, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Forum Pengurusan Hutang Awam Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) ke-20 mengkaji dan membincangkan bagaimana kerajaan boleh menangani dengan lebih baik lagi cabaran peningkatan tekanan kos pinjaman dan pembiayaan semula hutang.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran kepada empat bank, iaitu Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB), HSBC Bank Malaysia Bhd, HSBC Amanah Malaysia Bhd dan Maybank Islamic Bhd atas pelbagai pelanggaran peraturan kewangan.
7bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Impak daripada usaha pengukuhan ekonomi digital rantau ini menerusi Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2026-2030 dijangka sangat besar yang diunjur mencecah US$1 trilion menjelang 2030, kata seorang pakar ekonomi.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Portfolio sukuk jangka pendek tertunggak Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) telah mencapai rekod tertinggi baharu sebanyak US$5.7 bilion (US$1 = RM4.23) berikutan kejayaan penambahan aset bernilai US$500 juta, aset penarafan tertinggi oleh entiti berdaulat dalam Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini melancarkan siri buku 40 Hadis mengenai kemampanan dan transaksi jualan beretika untuk menggalakkan pemahaman perspektif Islam lebih mendalam mengenai kemampanan dan etika Islam dalam urus niaga komersial.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Institusi tempatan menamatkan jualan berterusan selama empat minggu di Bursa Malaysia dengan aliran masuk bersih berjumlah RM222.9 juta minggu lepas, menjadikan belian bersih setakat ini pada tahun ini kepada RM7.9 bilion.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Kehadiran empat bank utama Malaysia di Laos mencerminkan keyakinan kukuh pelabur terhadap kestabilan politik dan dasar menarik negara itu, terutamanya cara Bank Pusatnya mengurus institusi kewangan.
8bulan ago
Oleh V. Sankara Subramaniam
KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- ASEAN perlu memberi keutamaan teratas bagi usaha merangka strategi dan dasar untuk mengatasi cabaran yang dihadapi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), menurut sebuah dewan perniagaan.