8bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB) pada masa ini dianggarkan mengalami jumlah impak keuntungan sebanyak RM60 juta bagi tahun kewangan 2025.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Kadar pelaksanaan Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2025 berada di tahap yang membanggakan iaitu pada 97 peratus dengan 75 peratus langkah-langkah telahpun diselesaikan dan 22 peratus sedang dilaksanakan.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN hari ini memuktamadkan rundingan Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) 3.0 dan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) yang dinaik taraf, satu langkah penting untuk integrasi ekonomi dan pertumbuhan yang lebih utuh.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Kemajuan dan hasil daripada inisiatif berdasarkan Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2015 dan Pelan Tindakan AEC 2025 merupakan antara perbincangan utama dalam Mesyuarat Persediaan Pegawai Kanan Ekonomi (Prep-SEOM) untuk mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AECC) ke-25 yang akan diadakan esok.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Di tengah-tengah peralihan ekonomi global, Sabah melangkah kehadapan dengan langkah-langkah strategik bagi meletakkan negeri itu bukan sahaja sebagai pemain serantau, tetapi juga kuasa utama dalam perdagangan dunia.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Malaysia berisiko kehilangan tiga hingga empat peratus daripada nilai eksport panel solarnya jika Amerika Syarikat (AS) meneruskan rancangan mengenakan tarif import produk panel solar, kata pemerhati industri.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Sidang Kemuncak Ekonomi Wanita ASEAN 2025 (AWES 2025) yang julung kali diadakan merupakan langkah penting untuk mencapai pertumbuhan ekonomi inklusif bagi memastikan setiap wanita di rantau ini memainkan peranan memacu kemajuan pada masa depan.
8bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Minggu depan dijangka menjadi tempoh menarik bagi ringgit yang diunjur meneruskan momentum pengukuhan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)m menjelang pengumuman minit mesyuarat bank pusat negara maju itu serta laporan inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi.
8bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif mungkin didagangkan dalam jajaran kecil tetapi cenderung untuk naik pada minggu depan, ini berpotensi mencecah paras US$3,350 setiap auns troy menjelang pelepasan minit mesyuarat bank pusat serta laporan inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi Amerika Syarikat (AS).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) berbesar hati dipilih sebagai lokasi rasmi bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 pada 26 dan 27 Mei sekali gus mengukuhkan legasi selama dua dekad sebagai lokasi terbaik di Malaysia untuk penganjuran acara multilateral berskala besar.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengesahkan komitmen negara untuk mempercepatkan pertumbuhan dalam sektor aeroangkasa serta pembinaan dan pembaikan kapal bagi mengukuhkan daya tahan ekonomi.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM18 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (S1 2025).