Terdapat 844 berita berdasarkan kata kunci carian " kadar faedah "

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pada Khamis, mencatatkan kenaikan selepas ditutup rendah sebelumnya kerana peniaga bersikap berhati-hati dan mengurangkan pegangan dolar US menjelang 9 Julai, tarikh akhir penangguhan tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS).

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah berikutan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh daripada jangkaan memalapkan prospek penurunan kadar faedah bulan ini, sekali gus meningkatkan daya tarikan dolar AS berbanding logam berharga itu.

Belian Saham Teknologi, Berkaitan Petronas Dorong FBM KLCI Ditutup Paras Tertinggi Harian

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Momentum belian yang berterusan, kebanyakannya dalam saham teknologi terpilih dan berkaitan Petronas mendorong FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencatatkan paras tertinggi harian dan ditutup tinggi hari ini, meneruskan peningkatan untuk lima sesi dagangan berturut-turut, kata seorang penganalisis.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Kukuh Susulan Jangkaan Penurunan Kadar Faedah Fed AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini disokong oleh jangkaan meningkat terhadap penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS), kata Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes.

Ringgit Dibuka Teruskan Momentum Mengukuh, Dolar AS Kekal Lemah

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Ringgit meneruskan aliran peningkatannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal hari ini, didorong oleh prestasi mata wang negara maju itu yang kekal lemah pada masa ini.

Ringgit Kukuh, Perubahan Fed Boleh Dorong Kemasukan Modal Ke Malaysia

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Malaysia boleh menarik aliran masuk modal baharu dalam pasaran bon dan ekuitinya, disokong oleh ringgit yang lebih kukuh dan kemungkinan perubahan dalam dasar monetari Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Diunjur Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan Dengan Cenderung Meningkat

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan, namun dengan kecenderungan meningkat berikutan sentimen pasaran yang konstruktif ketika pelabur mengalihkan tumpuan mereka daripada risiko di Timur Tengah, menurut penganalisis.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis susulan konflik di Timur Tengah yang semakin mereda, kata Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes.

Ringgit Teruskan Momentum Mengukuh Ketika Trump Perhebat Tekanan Ke Atas Fed

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Ringgit meneruskan aliran pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari ini ketika Presiden Donald Trump terus meningkatkan tekanan ke atas Rizab Persekutuan (Fed) untuk menurunkan kadar faedah.

Pasaran Getah Malaysia Ditutup Bercampur-Campur

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur pada Khamis berikutan trend meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat pada tengah hari dengan indeks penanda aras naik 0.34 peratus, menjejaki sentimen optimis dalam kebanyakan pasaran serantau.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Prestasi Semalaman Wall Street

Oleh Anas Abu Hassan dan Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki prestasi bercampur-campur semalaman Wall Street dalam persekitaran pasaran yang berhati-hati, kata seorang penganalisis.