Terdapat 535 berita berdasarkan kata kunci carian " terjejas"

Tarif Trump Akan Memuncak Pada Akhir 2025 - Moody’s Analytics

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Moody’s Analytics mengunjurkan bahawa tarif global yang dikenakan oleh pentadbiran Donald Trump akan memuncak menjelang akhir 2025, dengan tarif ke atas China meningkat kepada 40 peratus daripada paras semasa, 20 peratus.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu berikutan prestasi positif Wall Street pada sesi dagangan pertamanya selepas Donald Trump mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.

Gangguan Perniagaan Kekal Sebagai Kebimbangan Utama Risiko Perniagaan Di Malaysia Pada 2025

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Gangguan dalam perniagaan kekal menjadi kebimbangan utama bagi risiko perniagaan di Malaysia tahun ini, di samping kebakaran dan letupan, serta perubahan dalam perundangan dan peraturan, menurut laporan Allianz Risk Barometer 2025.

Bursa Malaysia Akhiri Peningkatan Sesi Awal Untuk Ditutup Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengkhiri peningkatan pada sesi awal untuk ditutup rendah hari ini, dengan lebih 900 saham mengalami kerugian, mencerminkan penurunan keyakinan yang berterusan dalam pasaran.  

PM Anwar Percaya Isu Petronas, Petros Sudah Selesai

Daripada Kamarul Ariffin Md Yassin

ABU DHABI, 14 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau percaya  isu berkaitan Petronas dan Petros mengenai hak pengagihan gas di Sarawak telah diselesaikan menerusi beberapa siri rundingan termasuk pertemuan beliau dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

U Mobile Dijangka Bekerjasama Biayai Capex 5G RM3 Bilion-RM4 Bilion - RHB Investment Bank

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd dijangka melaksanakan kerjasama rangkaian untuk membiayai perbelanjaan modal (capex) 5G yang dianggarkan antara RM3 bilion hingga RM4 bilion berikutan terpilih sebagai penyedia akses rangkaian 5G kedua, menurut RHB Investment Bank Bhd.

Harga Hartanah Di Lembah Klang Dijangka Naik 4 Peratus Pada 2025 -- CBRE|WTW

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Harga hartanah di Lembah Klang dijangka meningkat antara tiga hingga empat peratus tahun ini, terutamanya rumah bertanah di kawasan Petaling Jaya, kata syarikat perkhidmatan hartanah CBRE WTW Valuation and Advisory Sdn Bhd (CBRE|WTW).

Tiada Integriti, Manipulasi Kewangan Mampu Lenyapkan Kekayaan Syarikat - Pakar

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Seorang bekas akauntan bertauliah dengan kepakaran serta pengalaman luas dalam sektor swasta, mengingatkan keuntungan besar serta kekayaan diraih sesebuah syarikat mampu dimusnahkan aktiviti penipuan serta manipulasi kuasa oleh mereka yang tidak jujur.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, didorong oleh prestasi bercampur-campur di Wall Street dan pasaran serantau.

​​​Ringgit Dibuka Tinggi Berikutan Indeks Dolar AS Merosot

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, didorong oleh Indeks Dolar AS (DXY) yang lemah selepas data ekonomi Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan, kata penganalisis.

FBM KLCI Ditutup Rendah Seiring Prestasi Lemah Pasaran Serantau

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran serantau apabila pasaran utama di seluruh dunia kebanyakannya mencatatkan aliran negatif. 

Pertumbuhan Kredit Sektor Swasta Bukan Kewangan Naik 5.2 Peratus Pada November

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Kredit kepada sektor swasta bukan kewangan meningkat sebanyak 5.2 peratus berbanding 5.1 peratus pda Oktober 2024, didorong terutamanya oleh pertumbuhan yang lebih tinggi dalam bon korporat (3.8 peratus; Oktober 2024: 2.6 peratus), kata Bank Negara Malaysia (BNM).