2bulan ago
JOHOR BAHRU, 29 Okt (Bernama) -- OTS Holdings Ltd, pembina jenama dan kumpulan pengeluar makanan mengembangkan kapasiti pengeluaran halal mereka dengan membuka kemudahan pembuatan makanan termaju yang baharu bernilai RM40 juta di Simpang Renggam, Johor.
2bulan ago
Daripada Nor Baizura Basri
GYEONGJU (Korea Selatan), 29 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan kerja ke Gyeongju, Korea Selatan, Khamis ini, beliau mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) bermula Jumaat ini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN (USABC), dengan kerjasama Jawatankuasa ASEAN mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi (COSTI), baru-baru ini menganjurkan USABC Innovation Showcase di luar Mesyuarat COSTI ke-88 yang berlangsung di Bangkok, Thailand.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Export Finance Australia (EFA) dan Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank Malaysia) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk memperkukuh kerjasama dan memanfaatkan potensi baharu pelaburan di seluruh Asia Tenggara.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) bersetuju untuk meneruskan perbincangan dengan lebih rapat mengenai isu makroekonomi dan pertukaran mata wang asing (Forex).
2bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, disokong oleh sentimen positif apabila Malaysia menamatkan Sidang Kemuncak ASEAN dengan pencapaian yang memberangsangkan, di tengah-tengah keyakinan terhadap kerjasama perdagangan terkini dengan AS.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- UEM Edgenta Bhd mengumumkan pelantikan Shaiful Subhan sebagai pengarah urusan (MD) dan ketua pegawai eksekutifnya (CEO) berkuat kuasa 1 Nov, 2025.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Ichia Technologies, Inc., peneraju dalam pembuatan komponen elektronik dari Taiwan membuka kilang pembuatan canggih keduanya di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), Kedah.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) mengalu-alukan pengecualian tarif yang diberikan oleh Amerika Syarikat (AS) untuk produk terpilih Malaysia termasuk minyak sawit di bawah Perjanjian Perdagangan Timbal Balas yang baru dimeterai.
2bulan ago
KUALA TERENGGANU, 27 Okt (Bernama) -- Terengganu mencatat jumlah pelaburan komited sebanyak RM4.3 bilion setakat September tahun ini, dipacu oleh sektor tenaga boleh baharu.
2bulan ago
Oleh Nurul Hanis Izmir
PUTRAJAYA, 27 Okt (Bernama) -- Malaysia bakal mendapat manfaat daripada keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk menurunkan tarif di bawah 19 peratus ke atas 1,711 produk eksport negara, termasuk minyak sawit dan produk koko, yang dijangka meningkatkan daya saing harganya di pasaran AS.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Syarikat di bawah Nota Amalan 17 (PN17), KNM Group Bhd akan dinyahsenarai daripada senarai rasmi Bursa Malaysia Securities Bhd pada 5 November ini susulan tindakan bursa menolak pelan pemulihannya.