7bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) melalui anak syarikat teknologi kewangannya, CGC Digital bekerjasama dengan platform pembiayaan rakan setara (P2P) B2B Finpal untuk melancarkan skim pembiayaan jangka pendek bagi menambah baik akses modal perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Poland perlu mempamerkan keupayaan kedua-dua negara untuk bekerjasama dalam sektor utama seperti industri halal, pertahanan, teknologi digital dan hidrogen hijau, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Agensi Malaysia memeterai lima memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat Jepun sempena Minggu Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) di Pavilion Malaysia di Ekspo 2025 Osaka untuk memajukan kemampanan, inovasi dan akses pasaran meliputi sektor komoditi utama.
7bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Syarikat-syarikat telekomunikasi Malaysia (telco) dinasihatkan untuk beralih melangkaui taktik tradisional dengan reka bentuk yang menarik serta startegi yang mengutamakan pendigitalan agar sesuai dengan pengguna hari ini bagi memenangi pasaran domestik yang matang dan sentiasa berkembang, menurut satu kajian.
7bulan ago
MELAKA, 9 Jun (Bernama) -- Pembukaan cawangan baharu Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) di Melaka yang dilancarkan hari ini mengukuhkan komitmen bank tersebut dalam memperluas rangkaian dan perkhidmatan perbankan Islam di negeri berkenaan.
7bulan ago
JOHOR BAHRU, 9 Jun (Bernama) -- Syarikat modal teroka, Asia Vision Capital Sdn Bhd (AVC) telah menjalinkan perkongsian dengan JYSigma Business Consultancy (JBC) untuk meningkatkan penglibatan pelabur dalam dana hartanah ekuiti swasta di rantau ini.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Syarikat telekomunikasi komited untuk melindungi data dan privasi pelanggan mereka susulan permintaan penggunaan Data Telefon Bimbit (MPD) untuk tujuan statistik rasmi oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) – Industri halal yang pesat berkembang adalah antara sembilan sektor yang mampu mencetuskan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dalam Kawasan Pertumbuhan Timur ASEAN Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMB-EAGA) dan Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Bhd melancarkan ATLAS by Bank Muamalat, bank digital Islamik pertama di Malaysia, yang berteraskan keimanan dan selaras dengan gaya hidup terkini.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyasarkan untuk menarik seramai 1.7 juta penyertaan individu bagi Malaysia Techlympics 2025, dan bakal meluaskan penyertaannya kepada peserta antarabangsa dalam pertandingan sains, teknologi dan inovasi (STI) itu.
7bulan ago
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
HUANGSHAN, 5 Jun (Bernama) -- Pelaksanaan pada peringkat akar umbi yang lebih kukuh, proses yang dipermudahkan untuk perniagaan dan kerjasama awam-swasta yang lebih erat menjadi elemen penting untuk memanfaatkan potensi perjanjian perdagangan serantau sepenuhnya, kata Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Malaysia semakin diiktiraf sebagai benefisiari utama dalam transformasi hartanah global selepas banyak syarikat multinasional berusaha menyelaraskan portfolio hartanah mereka dengan daya tahan operasi, kemampanan dan ruang kerja yang disediakan untuk masa hadapan.