Terdapat 2954 berita berdasarkan kata kunci carian " tenaga"

Jualan Sektor Pembuatan Naik 3.5 Peratus Kepada Rm500.1 Bilion Pada Suku Ketiga 2025

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) — Jualan sektor pembuatan mencecah RM500.1 bilion pada suku ketiga 2025, menunjukkan pertumbuhan 3.5 peratus (S2 2025: 3.4 peratus), menurut Perangkaan Pembuatan Bulanan, Malaysia bagi September 2025  

Switzerland Kukuh Hubungan Dengan Malaysia Dalam Perdagangan, Kemampanan, Keselamatan - Duta Besar

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Switzerland yang terletak di tengah-tengah Eropah bersedia untuk memperkukuh hubungan dua hala dengan Malaysia dalam bidang penting antaranya perdagangan, kemampanan serta keamanan dan keselamatan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada Jumaat, menjejaki penurunan semalaman di Wall Street dalam persekitaran prestasi bercampur-campur dalam pasaran serantau.

Gabenor: Ekonomi Malaysia Kekal Pada Landasan Pertumbuhan Stabil Menjelang 2026

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Berikut adalah transkrip wawancara Bernama menerusi e-mel dengan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Kerajaan Kurangkan Unjuran Kebergantungan Hasil Petroleum Kepada 12.5 Peratus Pada 2026

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kerajaan mengunjurkan kebergantungan kepada hasil berkaitan petroleum adalah lebih rendah pada kadar 12.5 peratus untuk 2026 berbanding 16.9 peratus pada 2025, menurut Kementerian Ekonomi.

Bursa Malaysia Ditutup Paras Terendah Intra Hari Susulan Jualan Saat Akhir

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah intra hari sebelum mencatatkan kenaikan pada awal dagangan Khamis, terkesan oleh jualan saat akhir dan aktiviti pengambilan untung walaupun prestasi memberangsangkan di pasaran serantau.

Bank Islam, PAAB Meterai MoU Sedia Pembiayaan RM100 Juta Untuk Kontraktor

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) untuk menyediakan pembiayaan berjumlah RM100 juta kepada kontraktor PAAB pada 2026.

Projek Ipoh Sentral Bakal Tawar Lebih 20,000 Peluang Pekerjaan

BATU GAJAH, 6 Nov (Bernama) -- Lebih 20,000 peluang pekerjaan bakal diwujudkan melalui projek pembangunan Ipoh Sentral yang dijangka menjadi pemangkin utama pertumbuhan ekonomi Perak dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

BNM Kekal OPR Pada 2.75 Peratus

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus semasa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) terakhir untuk 2025. 

Pembangunan Bakat Tempatan Kunci Kepada Kejayaan Industri Semikonduktor -- PM Anwar

CYBERJAYA, 6 Nov (Bernama) -- Kejayaan Malaysia dalam membangunkan industri semikonduktor bergantung kepada keupayaan negara melahirkan kumpulan bakat  tempatan yang berkemahiran tinggi dan mampu memenuhi keperluan pelabur global, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penubuhan Ehsan Capital Berupaya Perkasa Industri Semikonduktor Selangor - Amirudin

CYBERJAYA, 6 Nov (Bernama) -- Kerajaan Selangor menerusi Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) bekerjasama dengan Artem Venture Fund untuk menubuhkan Dana Semikonduktor Selangor atau Ehsan Capital bagi memperkukuh usaha memperkasakan industri semikonduktor.

Tindakan Segera Diperlukan Untuk Tangani Kesan Perubahan Iklim Yang Semakin Meningkat - Sultan Nazrin

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Sumber saintifik dan kewangan harus disegerakan untuk memahami dan menangani kesan perubahan iklim, memandangkan peristiwa cuaca ekstrem bukan lagi jarang berlaku tetapi berulang dan semakin meningkat, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.