Terdapat 696 berita berdasarkan kata kunci carian " berakhir "

Maybank Unjur KDNK Malaysia Pada 4.9 Peratus Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia 2025 dijangka kekal kukuh pada 4.9 peratus, menurut Malayan Banking Bhd (Maybank).

Pencarian CFO Baharu Masih Berjalan, Siasatan Dalaman Kes Terpencil - Presiden Maybank

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Pengisian jawatan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Kumpulan yang baharu masih berjalan selepas Khalijah Ismail ditamatkan perkhidmatannya baru-baru ini susulan siasatan dalaman, kata Malayan Banking Bhd (Maybank) hari ini.

Axiata Group Kembali Raih Keuntungan Dengan Untung Bersih RM946.82 Juta 

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Axiata Group Bhd kembali mencatatkan keuntungan selepas meraih keuntungan bersih sebanyak RM946.82 juta bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis 2024 daripada kerugian bersih RM1.99 bilion pada tahun kewangan 2023.

Untung Bersih Maybank Lepasi RM10 Bilion Pada Tahun Kewangan 2024, Perolehan RM68.94 Bilion

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM10.09 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024, meningkat 7.9 peratus berbanding RM9.35 bilion yang direkodkan pada tahun kewangan 2023.

Petronas Dijangka Kekal Komited Bayar Dividen RM32 Bilion Tahun Ini - Amir Hamzah 

KAJANG, 26 Feb (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dijangka kekal komited membayar dividen berjumlah RM32 bilion kepada kerajaan pada tahun ini, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. 

Takaful Malaysia Catat Keuntungan Selepas Zakat Sebanyak RM378.1 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd mencatatkan keuntungan selepas zakat dan cukai sebanyak RM378.1 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024, melonjak sembilan peratus berbanding RM347.1 juta pada 2023.

Keuntungan Bersih TM Melonjak 7.8 Peratus Kepada RM2 Bilion

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Telekom Malaysia Bhd (TM) melonjak 7.8 peratus kepada RM2.01 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember berbanding RM1.87 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelum ini berikutan kos kewangan bersih yang lebih rendah dan pengiktirafan baki kredit cukai satu kali.

Petronas Sedang Tunggu Butiran Terperinci Kerjasama Dengan Petros

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang menunggu butiran terperinci perbincangan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak mengenai skop kerjasama antara syarikat minyak nasional itu dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros).

Petronas Nilai Langkah Penyusunan Semula Tenaga Kerja

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang menilai langkah penyusunan semula saiz tenaga kerjanya yang turut melibatkan pendekatan daripada peringkat tertinggi hingga peringkat terendah.

Petronas Terima Penghantaran Pertama LNG Dari Kanada Julai Ini

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengumumkan pengantaran pertama gas asli cecair (LNG) daripada usaha sama mereka, LNG Canada dijangka tiba Julai ini.

Keuntungan Bersih Affin Bank Naik 26.7 Peratus Pada 2024

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Affin Bank Bhd meningkat 26.7 peratus kepada RM509.70 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 daripada RM402.19 juta pada tahun sebelum itu didorong oleh pendapatan yang lebih tinggi serta hapus kira kerugian rosot nilai kredit yang lebih tinggi sebanyak RM229.6 juta.

Keuntungan Petronas Susut 32 Peratus Kepada RM55.1 Bilion Pada Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Petroliam Nasional Bhd (Petronas) susut 32 peratus kepada RM55.1 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024, daripada RM80.7 bilion pada tahun kewangan 2023.