2bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka didagangkan antara RM4,300 hingga RM4,600 satu tan menjelang separuh pertama 2026, dengan kecenderungan menaik pada awal tahun depan berikutan pemulihan dalam pengeluaran selain kejelasan dasar yang bertambah baik.
2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra harinya hari ini susulan aktiviti membeli saham murah yang muncul semula selepas dagangan hambar minggu lepas, sejajar dengan prestasi kukuh di pasaran serantau.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini disokong oleh perjanjian gencatan perang dagangan Amerika Syarikat (AS)-China, kata seorang peniaga.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Syarikat farmaseutikal dari Amerika Syarikat (AS) dijangka menikmati peningkatan jualan di Malaysia susulan pemeteraian Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan AS.
2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, seiring dengan prestasi Wall Street yang positif minggu lepas.
2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diunjur dalam mod penyatuan minggu depan dengan penganalisis menjangkakan indeks penanda aras akan mengukuh dalam persekitaran asas domestik yang stabil.
2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan, disebabkan pelabur menunggu pemangkin baharu dan menilai perkembangan luaran.
2bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan di tengah-tengah aktiviti pengambilan untung dan aktiviti memperelokkan akaun menjelang akhir tahun, kata peniaga.
2bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan tinggi minggu depan, disokong oleh pembelian berterusan oleh kalangan bank pusat global walaupun harga tinggi.
3bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mencatatkan kenaikan sederhana setelah mengalami penurunan pada awal dagangan pada Khamis disokong oleh aktiviti pembelian pada harga rendah, menurut peniaga minyak sawit David Ng.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Pharmaniaga Bhd, Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd memeterai dua perjanjian jual beli (SPA) secara berasingan untuk memperoleh hartanah di Terengganu dan Sarawak.
3bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Khamis apabila pedagang dan pelabur mengunci keuntungan susulan keputusan dasar terbaharu Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat, yang dilihat sebagai ‘penurunan agresif’.