Terdapat 689 berita berdasarkan kata kunci carian " jangka panjang"

Penangguhan Kenaikan Tarif AS Bantu Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini apabila penangguhan sementara kenaikan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas Mexico dan Kanada telah merangsang pertumbuhan global, kata seorang penganalisis.

BR Capital, Kopetro Memeterai MoC Tingkat Akses Ke Pelaburan Pendapatan Tetap

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia RAM Capital Sdn Bhd (BR Capital), usaha sama antara Bursa Malaysia Bhd dan Ram Holdings Bhd, telah menandatangani Memorandum Kerjasama (MOC) dengan Koperasi Kakitangan Petronas Bhd (Kopetro) untuk mengembangkan akses kepada pelaburan pendapatan tetap kepada ahli Kopetro.

Prospek Permintaan Pusat Data Di ASEAN Kekal Positif - Maybank IB

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif berikutan rantau ini masih berada di peringkat awal kitaran pembinaan pusat data, menurut Maybank Investment Bank (IB) Bhd.

Citaglobal Beli Tanah Di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur Pada Harga RM73 Juta

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Citaglobal Bhd (Citaglobal) menerusi anak syarikat milik penuhnya Sinergi Dayang Sdn Bhd (Sinergi Dayang) membeli sebidang tanah seluas 6,410 meter persegi (0.63 hektar) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta.

Malakoff Selesai Pengambilalihan Zec Solar, TJZ Suria

KUALA LUMPUR,  31 Jan (Bernama) -- Malakoff Corporation Bhd telah menyelesaikan pengambilalihan Zec Solar Sdn Bhd dan TJZ Suria Sdn Bhd. 

Penganalisis Berbeza Pandangan Mengenai O&G Selepas PAO 2025-2027 Diumum

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Kalangan penganalisis berbeza pandangan mengenai unjuran sektor minyak dan gas (O&G) Malaysia selepas Prospek Aktiviti Petronas (PAO) 2025-2027 diumumkan, yang mengunjurkan pengurangan aktiviti huluan dan penekanan terhadap perkhidmatan penyelenggaraan.

Weststar-GAP Aviation Peroleh Kontrak Helikopter RM176 Juta Di Timor-Leste

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Weststar-GAP Aviation LDA, usaha sama antara Timor Gap-Timor Gas Petroleo EP dan Weststar Aviation Timor, Unipessoal, LDA telah memperoleh kontrak perkhidmatan pengangkutan helikopter dengan syarikat tenaga Australia, Santos NA (19-12) Pty Ltd bernilai US$40 juta atau RM175. 6 juta. 

Aerotrain: Kelewatan Yang Tidak Memenuhi Jangkaan

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.

MAHB Akan Dinyahsenarai Dari Pasaran Utama, Hari Terakhir Dagangan Pada 19 Feb

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan dinyahsenarai dari Pasaran Utama Bursa Malaysia kerana peratusan saham syarikat yang dimiliki oleh pelabur awam minimumnya kini kurang daripada 25 peratus.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Berterusan

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan dagangan lemahnya untuk ditutup rendah hari ini susulan jualan yang berterusan apabila pasaran dipengaruhi oleh reaksi negatif Wall Street terhadap pengenalan model kecerdasan buatan (AI) DeepSeek oleh China, kata seorang penganalisis.

Icon Offshore Terima Persetujuan Pemegang Saham Bagi Ambil Alih Saham, Perubahan Nama

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Icon Offshore Bhd menerima kelulusan pemegang saham bagi cadangan pengambilalihan saham tujuh syarikat bernilai RM403.5 juta serta saranan pertukaran nama kepada Lianson Fleet Group Bhd (LFG).

Anak Syarikat MMAG Beli Pesawat Boeing Kedua Berharga RM29.12 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- MMAG Holdings Bhd membeli pesawat Boeing B737-400SF kedua dengan harga US$6.55 juta (RM29.12 juta) bagi perniagaan pengangkutan udaranya.