1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Kekurangan firma bermodal besar dengan mudah tunai yang mencukupi merupakan satu daripada cabaran utama yang menjadikan Bursa Malaysia kurang menarik kepada pelabur asing berbanding rakan-rakan serantau, kata Permodalan Nasional Bhd (PNB).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Malaysia mempamerkan daya tahan ekonomi yang kental tahun ini meskipun berdepan ketegangan dan ketidakpastian dasar perdagangan global, disokong oleh penggunaan dan pelaburan domestik, peningkatan pekerjaan dan kitaran kukuh sektor teknologi global.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) Malaysia dijangka kekal dalam jajaran kecil antara RM3,800 hingga RM4,100 satu tan pada Januari 2026, disokong oleh prospek penawaran dan permintaan yang seimbang, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran peningkatannya pada tengah hari Jumaat, didorong aktiviti belian saham wajaran tinggi terpilih yang didahului oleh kaunter kewangan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- SME Corporation Malaysia (SME Corp Malaysia) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Swansea University dari United Kingdom untuk memperkukuh kerjasama jangka panjang pembangunan keusahawanan dan meningkatkan kesediaan pengantarabangsaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), mengumumkan pengagihan pendapatan 5.75 sen seunit untuk dana utamanya Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka lebih kukuh pada Jumaat, seiring dengan kenaikan di pasaran tunai pendasar.
1bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Jumaat, menjejaki kenaikan di pasaran serantau, disokong oleh pengukuhan ringgit yang meningkatkan sentimen pasaran susulan prestasi positif Wall Street semalaman.
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Datuk Seri Mohd Mustafa Abdul Aziz bersara wajib hari ini setelah lebih 35 tahun mencurah bakti dalam perkhidmatan awam.
1bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, disokong oleh kenaikan dalam pasaran minyak kacang soya.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Keuntungan bersih AEON Credit Service (M) Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Nov, 2025 melonjak kepada RM91.80 juta daripada RM62.07 juta sebelum itu.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Malaysian Reinsurance Bhd (Malaysian Re) melancarkan edisi kesembilan penerbitan penyelidikan tahunannya, ASEAN Insurance Pulse 2025.