2bulan ago
KOTA KINABALU, 17 Nov (Bernama) -- Kerajaan sedang memperhalusi beberapa cadangan pelaburan berteknologi tinggi di Sabah termasuk dalam sektor semikonduktor bagi memastikan negeri itu tidak menjadi hab pemasangan (assembly hub) semata-mata.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih MNRB Holdings Bhd untuk suku kedua tahun kewangan 2026 yang berakhir pada 30 Sept 2025 melonjak kepada RM112.26 juta berbanding RM92.74 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.
2bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit hari ini di tengah-tengah dagangan yang tidak menentu sepanjang hari, disokong oleh minat belian yang sederhana dalam saham wajaran tinggi terpilih.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Bank Rakyat menerbitkan Nota Kewangan Islam Jangka Sederhana (IMTN) Sukuk Wakalah bernilai RM600 juta melalui syarikat tujuan khas (SPV) Imtiaz Sukuk II Bhd.
2bulan ago
PUTRAJAYA, 17 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual memulakan lawatan penting ke tiga negara di benua Afrika iaitu Ethiopia, Afrika Selatan dan Kenya bermula 18 hingga 24 November untuk memacu hubungan ekonomi serta membuka ruang pelaburan baharu Malaysia di benua itu.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berada di landasan untuk mengagihkan dividen yang lebih tinggi kepada kalangan ahlinya apabila merekodkan pertumbuhan dua digit dari segi pendapatan pelaburan, kata ahli ekonomi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Malaysia mengukuhkan kedudukannya dalam penyelidikan nutrisi berasaskan sains melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang sedang menjalankan kajian menilai nilai nutrisi, komponen bioaktif dan kesan kesihatan daripada penggunaan minyak sawit.
2bulan ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Penyediaan sistem tenaga yang selamat dan sedia masa depan bukan sahaja mengenai infrastruktur fizikal semata-mata tetapi ia turut melibatkan kecerdasan, sambungan dan modal insan yang menjananya, kata Ketua Pegawai Maklumat Tenaga Nasional Bhd, Azlan Ahmad.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- CelcomDigi Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah kepada RM341.23 juta bagi suku ketiga (S3) berakhir 30 September, 2025, daripada RM436.98 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.
2bulan ago
KUCHING, 17 Nov (Bernama) -- Pelancaran Tetingkap Perbankan Islam oleh Development Bank of Sarawak (DBOS) bukan sahaja mengukuhkan tawaran kewangannya malah juga meneguhkan komitmen Sarawak terhadap pembangunan inklusif dan berasaskan nilai.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih tinggi dalam persekitaran sentimen berhati-hati dan pengumpulan terpilih dalam saham wajaran tinggi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM63.99 bilion untuk tempoh sembilan bulan berakhir 30 September, 2025, peningkatan 11 peratus daripada RM57.57 bilion dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas.