Terdapat 2926 berita berdasarkan kata kunci carian " pembangunan"

Pinjaman Negara Hanya Untuk Pembangunan, Bukan Perbelanjaan Operasi – Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kerajaan tidak pernah meminjam untuk menampung perbelanjaan operasi semasa, sebaliknya, setiap pinjaman dibuat bagi tujuan membangunkan masa depan negara seperti membina prasarana, memperkukuh daya saing dan menyediakan peluang saksama untuk rakyat.

Belanjawan 2026 Dirangka Dengan Pendekatan Fiskal Menyeluruh – Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Pendekatan fiskal bagi Belanjawan 2026 dirangka secara menyeluruh meliputi perbelanjaan mengurus dan pembangunan persekutuan serta pelaburan katalitik oleh entiti berkaitan kerajaan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

ECRL Capai Kemajuan 88 Peratus Melalui Penyiapan Segmen C1B

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) — Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah mencapai kemajuan 88.08 peratus berikutan penyiapan Segmen C1B, yang menandakan kejayaan fasa awal kerja-kerja awam di sepanjang penjajaran dari Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak.

Permintaan Hartanah Kediaman Di Negeri Sembilan Terus Mengukuh - REHDA

SEREMBAN, 4 Nov (Bernama) -- Permintaan terhadap hartanah kediaman di Negeri Sembilan terus meningkat kukuh, didorong oleh kestabilan ekonomi dan keyakinan yang tinggi dalam kalangan pengguna.

Malaysia Pergiat Usaha Jadi Hab Semikonduktor Global - MSIA

GEORGE TOWN, 4 Nov (Bernama) -- Malaysia sedang mempergiat usaha untuk menempatkan dirinya sebagai hab global bagi industri semikonduktor, selaras dengan matlamat strategik kerajaan untuk meningkatkan kedudukan dalam rantaian nilai ke arah reka bentuk litar bersepadu (IC) dan pembuatan termaju.

RM18.9 Juta Geran Beep Diluluskan Kepada 182 PMKS Sabah

PENAMPANG, 4 Nov (Bernama) -- Sebanyak RM18.9 juta bantuan kewangan menerusi Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) 2.0 dan BEEP Plus telah diluluskan kepada 182 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Sabah setakat ini, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Malaysia Sedang Menuju Satu Daripada Pasaran Pusat Data Terbesar Di Asia-Pasifik — JLL Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Pasaran pusat data Malaysia kini sedang menuju untuk menjadi satu daripada yang terbesar di rantau Asia-Pasifik dengan kapasiti keseluruhan dijangka meningkat lebih daripada empat kali ganda menjelang 2026.

Kerajaan Jana RM7.88 Bilion Pelaburan Hijau, Cipta Lebih 2,000 Pekerjaan Pada 2024

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Sejumlah RM7.88 bilion nilai pelaburan hijau berjaya dijana pada  2024 menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif oleh Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

MOSTI Laksana Kajian Menyeluruh Bagi Penggubalan Akta STI Baharu

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang melaksanakan kajian menyeluruh bagi menggubal Akta Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) yang baharu.

Tiga Syarikat Malaysia Rangkul Anugerah SME Venture@ASEAN 2025 Buat Julung Kali

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Tiga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia menerima Anugerah SME Venture@ASEAN 2025 yang julung kali diadakan sebagai mengiktiraf pencapaian cemerlang mereka dalam prestasi perniagaan, inovasi dan daya saing eksport.

REHDA Mengalu-alukan Penjelasan Menteri Mengenai Model Perumahan BTS, STB

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) mengalu-alukan penjelasan kerajaan bahawa kedua-dua sistem penyampaian perumahan iaitu "bina kemudian jual" (BTS) dan "jual kemudian bina" (STB) kekal tidak berubah.

Syarikat TBB Berpangkalan Di Korea Selatan Minat Buka Loji UCO Di Malaysia -- Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Syarikat tenaga boleh baharu (TBB) berpangkalan di Korea Selatan, JC Chemical Co Ltd menyatakan minat untuk membuka kilang pemprosesan Minyak Masak Terpakai (UCO) Bertapis di Malaysia untuk digunakan sebagai bahan api penerbangan mampan (SAF).