Terdapat 705 berita berdasarkan kata kunci carian " penganalisis"

Minat Belian Berterusan, Bursa Malaysia Kekal Meningkat Pada Sesi Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada dagangan tengah hari Jumaat, dipacu minat belian berterusan dalam saham mewah terpilih yang didahului oleh kaunter utiliti dan perbankan, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Pengambilan Untung Sederhana

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat berikutan aktiviti pengambilan untung yang sederhana dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh SD Guthrie dan Tenaga Nasional, kata penganalisis.

Ringgit Dibuka Lebih Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pada awal dagangan hari ini berikutan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dilihat tidak berkecenderungan untuk menurunkan kadar dalam tempoh terdekat, kata penganalisis.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan permintaan meningkat terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu susulan pentadbiran AS mencari cara untuk mengurangkan hasil Perbendaharaan AS 10 tahun daripada menurunkan Kadar Dana Persekutuan, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Teruskan Prestasi Positif

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis meneruskan prestasi positifnya dengan aktiviti belian diterajui kaunter produk perindustrian dan pembinaan, kata penganalisis.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald dan Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS selepas Amerika Syarikat (AS) melaporkan data ekonomi yang lebih lemah, membayangkan pengurangan kadar oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS dan prospek penurunan Kadar Dana Fed dijangka terus kekal, kata seorang penganalisis.

Niaga Hadapan Emas Meningkat Susulan Minat Tinggi Terhadap Emas

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengukuh hari ini susulan daripada minat tinggi terhadap komoditi emas global yang dipacu oleh permintaan berterusan daripada bank pusat, kata seorang penganalisis.

Ringgit Terus Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Ringgit terus meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini di tengah-tengah kebimbangan mengenai kenaikan tarif AS dan jangkaan Rizab Persekutuan (Fed) AS akan mengekalkan kadar tarif akhir tahun ini, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Aktiviti Belian

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini disokong oleh aktiviti belian terutamanya dalam sektor pembinaan, hartanah, utiliti dan teknologi, kata penganalisis. 

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Belian Saham Mewah Terpilih

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) --  Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dipacu oleh belian saham wajaran tinggi terpilih dan saham pembinaan, kata  penganalisis.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

Oleh Danni Haizal Danial Donald dan Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini disebabkan Indeks Dolar AS (DXY) merosot dengan pasaran buruh Amerika Syarikat (AS) menunjukkan prospek yang lebih lemah, kata seorang penganalisis.

Penangguhan Kenaikan Tarif AS Bantu Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini apabila penangguhan sementara kenaikan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas Mexico dan Kanada telah merangsang pertumbuhan global, kata seorang penganalisis.